Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Menteri, Timbalan Menteri Perlu...

KUALA LUMPUR – Menteri atau Timbalan Menteri perlu hadir bagi menjawab soalan dalam...

Siapakah Artis Lelaki Yang...

Baru-baru ini tersebar sekeping gambar seorang lelaki sedang solat di ruang tempat letak...

Maszlee Ikrar Perbaiki Sistem...

KUALA LUMPUR - "Berazam memperbaiki sistem pendidikan termasuk meringankan beban guru", itu ikrar...

Sultan Nazrin Tentukan Masa...

KUALA LUMPUR - Tumpuan kini terarah kepada keputusan yang bakal dibuat Sultan Perak,...

Ahmad Dhani Lewat Ke Airport.. Tapi Salahkan Pilot

Gara-gara terlewat tiba di lapangan terbang kerana kesesakan lalu lintas, pemuzik terkenal Indonesia, Ahmad Dhani telah terlepas penerbangan ke kota Malang, semalam.

Akibatnya, dia juga terlewat menghadiri konsertnya di sana.

Tetapi, dek kerana perangai ‘diva’nya, Ahmad Dhani mengambil keputusan untuk menyalahkan juruterbang syarikat penerbangan Garuda Indonesia yang membawa pesawat itu.

Menerusi akaun Twitternya, dia berkata juruterbang itu langsung tidak mahu bertolak-ansur sedangkan ia merupakan penerbangan terakhir pada hari itu.

“Kalau Dewa 19 tak dapat membuat persembahan di Malang malam ini, ini semua salah juruterbang Garuda,” katanya menerusi salah satu statusnya.

Ahmad Dhani Terlepas Penerbangan, Salahkan Juruterbang

Mungkin kerana berasakan Ahmad Dhani mempunyai pengaruh yang kuat, pihak Garuda Indonesia membuat permohonan maaf serta menukarkan jadual penerbangannya ke Surabaya.

Bagaimanapun, sikap pemuzik itu dikritik hebat oleh orang ramai yang merasakan tindakannya sangat tidak profesional.


Biar apa pun alasannya, tiada sebab untuk dia meminta penerbangan dilewatkan kerana ramai lagi penumpang lain mahu sampai ke destinasi tepat pada masanya.

Mereka turut menyarankan agar Ahmad Dhani membeli pesawat peribadi sendiri seperti penyanyi Syahrini.

Hai, beruntunglah ada nama besar dan wang yang banyak!

Buat hal pun orang lain yang kena minta maaf… – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=JvVMVYni65c

Oleh: ELZA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori