Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

2 Pengarah Syarikat Gagal...

SHAH ALAM - Dua pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari...

Mesej Dakwa Lesen Beras...

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengesahkan kerajaan tidak menarik balik atau membatalkan...

Lelaki Lari Dari Kampung...

SEKUMPULAN lelaki terpaksa melarikan diri daripada kampung mereka akibat ketakutan kerana terdapat hantu...

MKT UMNO Akan Bincang,...

JELEBU : Keputusan sama ada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) wajar diadakan dalam...

Airbus Helicopters Serah Rotokraf EC175 Generasi Baharu

KUALA LUMPUR – Airbus Helicopters menyerahkan dua buah rotokraf EC175 generasi baharu kepada NHV, syarikat perkhidmatan penerbangan antarabangsa berpangkalan di Belgium, untuk misi minyak dan gas di Laut Utara.

Airbus Helicopters berkata EC175 seberat tujuh tan metrik itu dibangun untuk memenuhi keperluan misi dalam industri minyak dan gas.

“Penyerahan EC175 yang pertama ini merupakan peristiwa penting bagi NHV, komuniti pelanggan kami dan Airbus Helicopters,” kata Presiden Airbus Helicopters Guillaume Faury, dalam kenyataan.

Selain melaksana misi minyak dan gas, rotokraf juga boleh diguna untuk operasi mencari dan menyelamat sebagai sokongan kepada operasi luar pesisir sedemikian.


NHV menempah 16 unit EC175 dalam strateginya untuk memiliki armada baharu dan moden.

NHV akan memulakan perkhidmatan EC175 bulan ini dari Den Helder, pangkalan Laut Utara di Belanda. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori