Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Bekas Peguam Didakwa Pecah...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

VIDEO : Shahrizat Hadir...

Begitu gembira wajah Lah Abdul Rahman, 58, apabila Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk...

JAN Serah Laporan Awal...

KUALA LUMPUR - Jabatan Audit Negara (JAN) hari ini memaklumkan jabatan itu kini...

Pembesar Suara Masjid, Surau...

JOHOR BAHRU - Sepucuk surat berkaitan titah Pemangku Raja Johor, Tunku Mahkota Johor,...

Akta Pembangunan Wanita Akan Diwujudkan, Kata Rohani

PUTRAJAYA – Cadangan mewujudkan akta baharu melibatkan pembangunan wanita akan dibawa ke Kabinet awal tahun depan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata ketika ini kajian dan penyelidikan secara menyeluruh sedang dijalankan supaya ia boleh diterima pakai di Malaysia.

Akta itu, katanya, amat penting kerana seiring dengan Dasar Wanita Negara pada masa ini yang berhasrat menjamin pembangunan dan pengupayaan wanita dengan mengarusperdanakan kepentingan wanita.

“Ini bagi mencapai potensi mereka sepenuhnya dalam perancangan dan pembangunan negara untuk mencapai kesamaan gender,” katanya dalam satu kenyataan hari ini susulan lawatan dan perjumpaan beliau bersama Presiden Institut Pembangunan Wanita Korea, Myung-Sun Lee di Korea.

Beliau berkata pada masa ini Malaysia hanya mempunyai dasar berkaitan pembangunan wanita dan tidak mempunyai akta seperti di Korea.


Pada perjumpaan itu, kedua-dua pihak juga berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pandangan tentang usaha memajukan kaum wanita dari segi pembangunan ekonomi negara.

Rohani berada di Seoul, Korea bagi menghadiri Forum Berkaitan Keluarga Menteri-menteri Asia Timur ke-6 dari 1 hingga 5 Dis.

Beliau berkata kewujudan Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita Negara yang sedia ada di negara ini menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk memastikan golongan wanita terus mendapat pembelaan sewajarnya.

Malaysia juga diharap dapat mempunyai Institut Penyelidikan Pembangunan Wanita sendiri seperti di Korea supaya dapat meningkatkan aktiviti penyelidikan, penerbitan serta penganjuran seminar dan persidangan bersama dalam isu berkaitan pembangunan wanita dan kualiti gender, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori