Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Intipati Pakej Rangsangan Ekonomi...

KUALA LUMPUR - Berikut adalah intipati Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang diumumkan Perdana...

Malaysia Boleh! Lilian Tan...

Peminat sukan bina badan negara yang gembira menerima perkhabaran kemenangan kali ke-10 Sazali...

Kasino Kedua Di Malaysia:...

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tegas berkata “tidak” kepada idea kemungkinan...

Isu Pendapatan Penoreh Akan...

ALOR SETAR - Isu penoreh yang pendapatan mereka terjejas akibat kejatuhan harga getah...

Ali Belum Ditahan, Bersekongkol Dengan Melayu Murtad Sweden

Menerusi status Facebook, aktivis yang lari dari Malaysia ke Sweden bagi mengelak tindakan undang-undang dengan cara memohon suaka politik, Ali Abd Jalil dilaporkan telah ditangkap oleh Polis Antarabangsa (Interpol) malam tadi.

Didakwa turut ditangkap bersama Ali adalah seorang lagi rakyat Malaysia yang aktif menghina Islam menggunakan medium internet, Adlin Abd Jalil atau lebih dikenali sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.

1466067_10152933165524704_7089392390082636126_n

Bagaimanapun, pemeriksaan kami mendapati ia cuma satu permainan lawak yang dimulakan oleh rakan Ali dan Adlin, pemilik akaun Facebook Juli Jalaludin, warga Malaysia yang juga angkuh mengaku murtad kerana tidak ada undang-undang boleh disabitkan kepadanya yang kini tinggal di Sweden.

10849847_654472954661952_1984962979524545485_n

Juli memuatnaik gambar Ali dan Adlin tersengih depan kenderaan Polis Sweden dan memuat naik status beserta ungkapan Allahuakbar semata-mata mahu menyelitkan unsur menghina Islam di situ.

Hal ini kerana seperti Adlin, Juli adalah si murtad yang terang-terangan sentiasa cari jalan untuk mengejek penganut Islam.

Jika dilihat pada posting di Facebook ketiga-tiga pengkhianat bangsa dan agama ini, dapat dilihat mereka begitu rapat di sana malah Ali mungkin diberikan ‘khidmat nasihat’ oleh Adlin dan Juli untuk lari ke Sweden sebelum ini.


10849943_965310406832391_5105595994255441333_n

10847836_654468501329064_9151359292212726145_n

Sedih.. sedih sekali lihat bagaimana undang-undang Malaysia dan agama Islam dipermainkan oleh bangsa Melayu di tanah orang.

Pada masa sama, blogger seks Alvin Tan yang terus-terusan memperkotak-katikkan undang-undang kita di negara Uncle Sam juga terus bebas.

Rata-rata rakyat Malaysia sudah muak melihat provokasi melampau yang menjatuhkan nama Malaysia ini, justeru ramai ternanti-nanti bilakah petualang ini akan dapat diheret pulang dan diadili di negara ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: REM RAMZI

Video penghinaan melampau terhadap Islam yang dilakukan Adlin Abd Jalil dan dimuatnaik olehnya di YouTube.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori