Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan bahawa aktivis Ali Abd Jalil serta blogger seks, Alvin Tan bakal kehilangan passport masing-masing kerana ia akan ditarik balik.
Makanya, nak tak nak, mereka terpaksa pulang ke Malaysia dan menghadapi setiap dakwaan atas kebiadaban masing-masing.
Namun, melalui laman sosial Facebook peribadinya, Ali berkata dengan angkuh bahawa dia kini telah memiliki kad suaka politik Sweden.
“Sekarang aku pegang kad asylum, bawah undang-undang PBB dan Perjanjian Dublin. Aku tak tertakluk bawah undang-undang ******* kerajaan UMNO dan Sultan. ”
ĆāĆĀ Selain itu, dia juga dilihat tidak serik untuk meneruskan kebiadabannya terhadap institusi raja dan kerajaan Malaysia apabila secara terang-terang menghasut ramai lagi anak muda mengikut jejak langkahnya.
“Tarik passport aku, tak bermakna aku akan berhenti.. Malah lagi senang untuk tunjukkan bukti aku layak dapat asylum. Aku dilayan lagi teruk dari penjenayah. Kerajaan layan aku macam sampah,“ĆāĆĀ tulisnya dalam satu status pada Selasa.
Seperti biasa, ruangan komen di setiap muat naik status Ali dilimpahi pelbagai reaksi yang mengkritik tindakannya.
Pepatah ada menyebut, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Sekarang, tanggunglah padah sendiri! – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IZZAT MOHD ANUAR