Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Polis Siasat 4 Kes...

KUALA TERENGGANU - Polis akan menjalankan siasatan berhubung empat kes penyalahgunaan kad pengenalan...

Akaun Peribadi Facebook Si...

WASHINGTON DC – Pihak pengurusan laman sosial popular Facebook akan membekukan akaun penggunanya...

Raja Muda Perlis Mahu...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail memohon agar kerajaan...

Banjir P.Pinang: ADUN Minta...

GEORGETOWN - ADUN Negeri Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo berharap kerajaan persekutuan dapat...

Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Dijangka Hingga Jumaat

KUALA LUMPUR – Angin kencang timur laut dan laut bergelora di kawasan perairan pedalaman, pantai barat dan Kudat, Labuan di Sabah dan Miri di Sarawak dijangka berterusan sehingga Jumaat ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata angin kencang dan laut bergelora itu mencapai kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) manakala ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dalam tempoh itu.

Keadaan itu berlaku berikutan taufan Hagupit, yang membawa angin kencang timur laut, dikesan kira-kira 883 kilometer ke timur laut Kudat dengan pergerakan ke arah barat laut dengan kelajuan 10 kmsj pada 11 malam tadi.

Taufan itu dikesan pada latitud 13.8 utara dan longitud 120.8 timur, menurut jabatan itu.


Kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur juga terdedah kepada kenaikan paras air laut sehingga esok.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Cuaca

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori