Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Liga Hoki Dunia: Malaysia...

SKUAD hoki negara mengalahkan China 3-2 di dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B peringkat...

Cabaran Terbesar DCA Tangani...

KUALA LUMPUR - Cabaran terbesar Jabatan Penerbangan Awam (DCA) adalah menangani persepsi dan...

Hentian Bas Greenwood Bakal...

KUALA LUMPUR - Hentian Bas Greenwood, Gombak yang sebelum ini dijadikan hentian bas...

PM Puas Hati Ketika...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melakukan lawatan mengejut...

Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Kategori Ketiga

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan perairan negara diramal dilanda angin kencang dan laut bergelora selama tiga hari bermula hari ini hingga 24 Dis.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), amaran angin kencang Timur Laut dan laut bergelora (kategori ketiga) dengan kelajuan 60km sejam serta ombak mencapai ketinggian 5.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah (Pedalaman, pantai Barat dan Kudat) serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut kenyataan itu kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kenaikan paras air laut.

JMM turut mengeluarkan amaran angin kencang Timur Laut dan laut bergelora (kategori ketiga) berkelajuan 60km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 5.5 meter di perairan Samui, Tioman, Condore, Bunguran, Reef North, Reef South, Kuching, Layang-Layang, Labuan dan Palawan.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai, perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak dan menangkap ikan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Cuaca

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori