WASHINGTON – Amerika Syarikat kini sedang memerhati dengan dekat kem latihan milik Kumpulan Negara Islam (IS) di timur Libya, kata seorang komander tentera Amerika.
Jeneral David Rodriguez, yang mengetuai pasukan Amerika Syarikat di Afrika, berkata kem itu berkemungkinan sedang menjalankan latihan untuk ratusan anggotanya.
“Kami akan terus memantau dan melihat apa akan berlaku pada masa hadapan,” kata Rodriguez.
Sebahagian besar kegiatan kumpulan IS itu adalah tertumpu di Syria dan Iraq.
Rodriguez bagaimanapun berkata penubuhan kem latihan IS itu masih di peringkat awal dan tidak mencerminkan sesuatu yang dilakukan dengan teratur. – AP