Rupa-rupanya selain daripada Neelofa, ada beberapa artis lain yang turut dilanda kerungsingan apabila rumah kediaman keluarganya berhadapan musibah ini.
Antaranya ialah pelawak terkenal, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 26 apabila keluarga kini terpaksa tinggal di pusat-pusat penempatan ekoran banjir yang turut melanda rumah kediaman keluarganya di Guchil Bayam, Kelantan.
Insiden ini sekaligus menjadi punca Amir Raja Lawak dilanda kerisauan dan sukar untuk melelapkan mati mengenang keadaan keluarganya.
Memetik laporan mStar Online, pelawak terkenal itu memberitahu keluarganya sudah berada di pusat penempatan iaitu di sebuah sekolah berhampiran sejak Khamis lalu.
“Keadaan banjir di kampung saya sangat teruk dan saya dimaklumkan air naik sampai paras pinggang sejak Khamis lalu sehingga ahli keluarga saya terpaksa berpindah ke sekolah berhampiran.
“Saya di sini memang susah hati dengan keadaan mereka sampaikan sudah dua hari tidak dapat tidur kerana fikir apa mereka makan, bagaimana mereka tidur, semuanya menambah kerisauan saya, ” katanya.
Tambah Amir, keluarganya agak bernasib baik kerana kediaman mereka berhampiran dengan bandar dan mudah mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa.
Setakat ini, dia sentiasa menghubungi ahli keluarga bagi mengetahui perkembangan dari semasa ke semasa.
“Alhamdulillah rumah kami tidak terlalu jauh dengan bandar dan mudah mendapat bantuan. Saya sedih melihat keluarga-keluarga mangsa lain yang terputus hubungan dengan luar dan sukar untuk mendapatkan bantuan.
“Ibu, ayah dan empat adik-beradik saya yang lain berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami apa-apa kecederaan dalam bencana itu. Cuma barang-barang rumah kami sahaja yang tidak dapat diselamatkan,” ujarnya.
Bagaimanapun, kekangan terikat dengan kerja dan ibunya sendiri yang melarangnya pulang dalam situasi sulit itu membantutkan niatnya.
Namun, Amir mengaku akan pulang dalam masa terdekat bagi membantu keluarga memulihkan keadaan rumah.- MYNEWSHUB.CC
VIDEO AMIR DI MAHARAJA LAWAK
https://www.youtube.com/watch?v=81nDLy7JtzI