Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mahathir Mahu Majoriti 2/3...

KENAPA Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika ini beria-ia mahu sangat Pakatan Harapan (PH)...

Fokuskan Tahun 2017 Sebagai...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu perkhidmatan awam memfokuskan...

Op Selamat: Lelaki Ditahan...

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan kerana memiliki dadah disyaki...

Netizen Sifatkan Fahmi Reza...

Fahmi Reza sepatutnya mengambil kesempatan di atas perkenan Tunku Mahkota Johor (TMJ) untuk...

AMK Kecewa Penyokong Malaysia Bertindak Ganas

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengutuk keganasan yang dilakukan sekumpulan kecil penyokong bola sepak Malaysia ke atas penyokong Vietnam di Stadium Shah Alam, Selangor semalam.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, insiden pergaduhan di dalam stadium dalam kalangan penyokong itu perkara yang tidak wajar berlaku.

“Biar apa pun alasan yang diberikan yang mencetus kepada pergaduhan ini, tindakan membaling botol dan menyebabkan kecederaan tidak boleh diterima sama sekali.

“Jelas sekali insiden itu telah memberi pandangan dan tanggapan yang negatif oleh penyokong Vietnam dan peminat bola sepak luar negara. Hanya kerana sejumlah kecil penyokong bertindak ganas dan berkelakuan seperti itu, seluruh penyokong Malaysia telah terheret sama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nik Nazmi turut melahirkan kekecewaan di atas kekalahan skuad Harimau Malaya di tangan Vietnam di laman sendiri dan berharap pasukan itu akan bangkit di Hanoi nanti. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori