Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Penuntut Pengajian Melayu Semakin...

SERDANG - Semakin ramai penuntut kurang mengikuti Pengajian Melayu di institusi pengajian tinggi...

DAP Tidak Pernah Sedia...

PARTI utama orang Cina, DAP sangat menyedari kehendak dan sensitiviti orang Cina yang...

Lebihan 20,000 Undi Disyaki...

KUALA LUMPUR - Kewujudan lebihan 20,000 undi dalam Parlimen Kubang Kerian pada Pilihan...

Chef Wan Hentam Saudara...

KEBIASAANNYA dalam saudara-mara pasti ada satu dua orang yang berat tulang nak membantu...

Angka Kematian Akibat Ebola Meningkat Lebih 6,900: WHO

GENEVA – Lebih 6,900 orang maut akibat virus Ebola, kebanyakannya di barat Afrika, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hari ini.

Sehingga 14 Disember 2014, sebanyak 18,569 kes jangkitan virus berdarah itu dilaporkan di tiga negara paling teruk terjejas iaitu Guinea, Liberia dan Sierra Leone manakala jumlah kematian ialah 6,900 orang.

Angka kematian itu adalah daripada 18,603 kes dan 6,915 kematian secara keseluruhan membabitkan lapan negara yang terjejas akibat virus berkenaan.

Bagaimanapun, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata, Mali tidak mencatat sebarang kes terbaharu untuk tempoh beberapa minggu selepas melalui tempoh pengeraman selama 21 hari yang diperlukan bagi diisytiharkan bebas daripada virus berkenaan.
Angka kematian di negara lain tidak berubah iaitu enam di Mali, satu di Amerika Syarikat dan lapan di Nigeria yang diisytiharkan bebas daripada Ebola pada Oktober lalu.


Sepanyol dan Senegal, juga yang sudah diumumkan bebas daripada Ebola masing-masing mencatat satu kes tetapi tiada kematian. – AFP

  • Lagi berita berkaitan:
  • Ebola

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori