PELIK memikirkan perangai segelintir orang muda zaman la ni…
Demi mendapatkan perhatian masyarakat dan bercita-cita ingin menjadi popular, ada yang sanggup memalukan diri sendiri dengan melakukan sesuatu yang boleh dianggap ‘bodoh’.
Terbaru, sekeping gambar dua lelaki yang sedang solat menjadi viral gara-gara mereka berdua sedang solat sambil memakai helmet.
Tiada siapa yang menyangkal, niat mereka menjalankan kewajipan kepada Allah SWT adalah sesuatu yang patut dipuji dan dicontohi.
Malangnya, timbul persoalan atas perbuatan mereka yang memakai helmet semasa bersolat seolah-olah ingin menghina agama pula.
Umat Islam maklum bahawa memakai songkok, serban dan kopiah adalah amalan sunat bagi kaum Adam. Namun, apa tujuan dua pemuda ini yang tiba-tiba mengenakan helmet ketika bersolat.
Rasanya, tiada mana-mana mazhab yang menyarankan umat islam mengunakan helmet ketika bersolat.
Manalah pergi akal yang diberi hingga menggunakan sesuatu bukan pada tempatnya. Kanak-kanak kecil sediri pun tahu fungsi helmet yang sepatutnya dipakai ketika menaiki motosikal dan bukan ketika solat.
Kalau betul dua lelaki ini cuba menghina dan mempermainkan sesuatu yang melibatkan sensitiviti agama sememangnya tidak boleh dimaafkan dan patut dihukum.
Semoga pihak berkuasa segera menyiasat kes ini dan mengambil tindakan atas perbuatan yang boleh mencemarkan kemuliaan agama Islam sendiri. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : FARAH