Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Wanita Dipenjara Kerana Bising...

BIRMINGHAM - Gara-gara menjerit terlalu kuat ketika melakukan hubungan seks pada pukul 5...

Deepak Diarah Serah Notis...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan ahli perniagaan, J. Deepak untuk...

Lambaian Doha Buka Peluang...

DOHA - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakhiri lawatan rasmi sulung ke...

Kanak-kanak 12 Tahun, Pasangan...

TEMERLOH: Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun antara empat yang disahkan maut dalam kemalangan...

Atlet Wushu Negara Tambah 1 Emas, 1 Perak Di Palembang

PALEMBANG – Skuad wushu negara menambah satu pingat emas dan satu pingat perak masing-masing menerusi acara Dulian wanita dan lelaki di Pusat Promosi Sriwijaya, Palembang di sini, Jumaat.

Gandingan atlet kebangsaan, Phoon Eyin dan Ng Shin Yii, berjaya menarik perhatian juri untuk meraih emas dengan kutipan 9.12 mata menewaskan pencabar Nautueve Chue Vue dan Yatho Thou Kalear dari Laos dengan 8.88 mata.

Acara itu hanya disertai dua negara sahaja.

Bagi acara Dulian lelaki, Koo Chee Zhong, Khaw Jun Lim dan Wong Weng Son terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas mencatat 9.59 mata di belakang peserta tuan rumah, Indonesia, iaitu Eric Losard dan Jodis yang meraih pingat emas yang mencatat 9.64 mata.

Sien Thiha Aung dan Thuya Soe dari Myanmar meraih pingat gangsa dengan memungut 9.53 mata.

Hanya peserta Malaysia sahaja yang menghantar tiga wakil bagi acara Dulian lelaki.

Kejayaan itu membolehkan pasukan wushu negara menutup tirainya hari ini dengan dua pingat emas, tiga perak dan satu gangsa.


Phoon menyumbang satu pingat emas bagi acara Chanquan individu wanita, dua pingat perak menerusi Wong Weng Son (Chanquan lelaki) dan Ng Shin Yii (Taijiquan Wanita), Loo Wen Kei (Sanda 56kg wanita) dan satu gangsa menerusi Loh Choon How (Taijiquan Lelaki) pada Khamis.

Jurulatih wushu negara, Lim Yew Fai berkata beliau berpuas hati dengan kejayaan skuad wushu berjaya melepasi sasaran satu pingat emas yang ditetapkan selain dapat membantu menyumbang beberapa lagi pingat untuk kontinjen negara.

“Atlet kita menampilkan aksi cemerlang dan komitmen yang tinggi, selain berjaya mengekalkan prestasi terbaik sepanjang acara itu berlangsung.

“Temasya AUG adalah antara platform untuk atlet wushu negara mendapatkan pendedahan bagi persediaan Sukan SEA di Singapura nanti,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori