Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

ADUN Canning Diperintah Keluar...

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning dari DAP, Wong Kah Woh,...

Jabatan Kastam Tumpu Kepada...

MELAKA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan menumpukan kepada penambahbaikan pelaksanaan Cukai...

Mayat Lelaki Ditemui Di...

Kota Bharu : Mayat seorang lelaki ditemui di tali air kawasan sawah padi...

Orang Ramai Perlu Waspada...

ALOR SETAR - Umat Islam di negeri ini diingatkan supaya menjelaskan bayaran zakat...

Awie Beri Bayangan Bakal Berpisah Dengan Isteri

Melalui sebuah akhbar tempatan, Awie atau nama sebenarnya Azhar bin Othman memberi bayangan bakal berpisah dengan isterinya, Rozana Misbun selepas selesai kes mahkamah.

“Rasanya, kami berdua sudah tidak boleh bersama lagi. Selepas kes ini selesai di mahkamah, saya tidak mahu dia hadir dalam kehidupan saya lagi,” ujar Awie.

Mengulas lanjut berkenaan dakwaan isterinya tentang sijil nikah palsu, vokalis kumpulan Wings itu menjelaskan, tindakan mendedahkannya umpama mahu memalukan dirinya.

Jika sedar yang sijil nikah itu palsu, sedangkan kami telah berkahwin selama sembilan tahun dan mempunyai tiga orang anak, mengapa baru sekarang isu itu hendak dibangkitkan semula, adakah mahu memalukan saya?”

NP_20140703_ARAWIE-VKS_530022

Kemelut rumah tangga Awie dan isterinya, Rozana bermula setelah Awie didakwa memukul Rozana sehingga mendatangkan kecederaan pada 2 Jun lalu di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang.

Awie yang dihadapkan ke mahkamah bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dakwaan tersebut.


Perbincangan untuk menyelesaikan kes mereka di luar mahkamah, dikatakan tidak dilayan pihak Rozana yang mahu ia terus dibicarakan ke muka pengadilan.

Menurut artikel dalam akhbar tersebut Awie dilaporkan berkata,”Saya inginkan masalah ini selesai di luar mahkamah kerana kisah rumah tangga hanya timbulkan aib bukan sahaja pada saya, bahkan kepada keluarga dan anak-anak. Saya telah beri cadangan kepada pihak Rozana untuk selesaikan kes ini di luar mahkamah kerana ia lebih baik untuk kedua-dua pihak, tetapi pihak Rozana menolaknya.”

Walau apapun yang berlaku, diharapkan kedua-dua mereka dapat menyelesaikan pertelingkahan ter sebut dan mendapat cara terbaik untuk berdamai. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=AstLv6xrW24

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori