Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lebih 3 Juta Rakyat...

KUALA LUMPUR - Lebih tiga juta rakyat Malaysia yang layak mengundi belum berdaftar...

Real Bangkit Daripada Ketinggalan...

MADRID - Cristiano Ronaldo meledak gol membantu Real Madrid bangkit daripada ketinggalan sebelum...

Kes COVID-19 Kalangan Warga...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan terdapat kes COVID-19 di Pangkalan Udara Subang dan...

KPWKM Tunggu Laporan Polis...

PASIR MAS - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menunggu laporan...

Bah Malam Ini: Kelantan Pulih Tapi Terengganu, Johor Pula Teruk

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan malam ini dilaporkan mula turun dengan Kelantan yang sebelum ini paling teruk terjejas sudah tinggal 27,325 orang selepas 18,000 orang dibenarkan balik ke rumah berbanding pukul 3 petang tadi.

Portal Bencana Majlis Keselamatan Negara dalam maklumat terbaharu sebaliknya melaporkan, Terengganu mula memintas Kelantan apabila jumlah mangsa dipindahkan malam ini kini meningkat kepada 33,269 orang diikuti Pahang dengan 32,991 orang.

Sehingga pukul 8 malam ini, seramai 100,792 orang masih lagi berada di 458 buah pusat pemindahan dengan paling banyak di Pahang iaitu 191 pusat dan terbaharu Selangor yang membuka sebuah pusat di Klang untuk menempatkan sembilan orang dari dua keluarga.

Kedah yang mula banjir lewat semalam turut mencatatkan penurunan jumlah mangsa apabila malam ini hanya tinggal 28 orang dari tujuh buah keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan masing-masing sebuah di daerah Bandar Baharu dan Padang Terap.

Jirannya Perlis turut mencatat keadaan sama apabila kini hanya tinggal 209 orang mangsa dari 66 buah keluarga yang ditempatkan sementara di tiga pusat pemindahan, namun berbeza Johor merekodkan pertambahan ketara pada malam ini dengan 896 orang mangsa.

Jumlah tersebut meningkat agak drastik berbanding hanya 214 orang dicatatkan pada pukul 3 petang tadi dan kesemua mangsa terdiri daripada 122 buah keluarga berlindung di 12 pusat pemindahan di daerah Kluang, Kulaijaya, Muar dan Segamat.

Berikut data jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan mengikut negeri yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara.

NEGERI                                 8 Malam                      3 Petang                      11 Pagi

KELANTAN                          27,325                         45,467                         32,139


TERENGGANU                     33,269                         31,001                         30,147

PAHANG                               32,991                         35,736                         35,736

PERAK                                   6,065                           6,119                           5,530

JOHOR                                   896                              214                              201

KEDAH                                    28                                96                                157

PERLIS                                  209                              263                              263

SELANGOR                             9                                  0                                  0

JUMLAH BESAR                 100,792                       118,896                       104,173

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori