Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Rody Kristal Nikahi Atlet...

NAMPAKNYA bulan April menjadi pilihan untuk selebriti di Malaysia untuk menuju ke gerbang...

Pelanggan Sukar Dapat Telur

JOHOR BAHRU: Minyak masak peket bersubsidi dan telur antara bahan mentah utama yang...

Bayar Cukai Pendapatan Elak...

EKONOMI global kembali rancak selepas pandemik Covid-19 berakhir.Begitu juga aktiviti perniagaan di Malaysia...

Berpuasa Bukan Alasan Untuk...

KUALA LUMPUR - Berpuasa di bulan Ramadan tidak boleh dijadikan alasan bagi orang...

Bajet DBKL 2015 Jangan Abaikan Warga KL

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Wilayah Persekutuan berharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan peruntukan Bajet DBKL 2015 sebanyak RM2.44 bilion berdasarkan kehendak dan keperluan penduduk di ibu negara.

Ketuanya, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, DBKL perlu mengambil kira pandangan penduduk terlebih dahulu selaras dengan tema bajet kali ini ‘Kuala Lumpur Milik Warga Kota’.

“DPP Wilayah Persekutuan berharap DBKL sudi mendengar dan mengambil perhatian rungutan dan rintihan penghuni warga Kuala Lumpur yang sudah mencecah seramai 1.7 Juta orang.

“Hal ini amat penting kerana peruntukan yang diguna pakai itu bersumberkan hasil kutipan wang cukai daripada penduduk di ibu negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairil Nizam berkata, DBKL antaranya perlu proaktif dan responsif terhadap permasalahan kesesakan lalu lintas, banjir kilat dan kemudahan infrastruktur awam.


Menurutnya, DBKL tidak boleh menyisihkan golongan yang kurang bernasib baik di Kuala Lumpur seperti gelandangan dan fakir miskin.

Justeru, katanya, adalah malang jika wang tersebut dibelanjakan dengan sewenangnya tanpa mengambil kira hak dan suara rintihan para pembayar cukai.

  • Lagi berita berkaitan:
  • DBKL

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori