Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kes HFMD Menunjukkan Penurunan

GEORGE TOWN - Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) menunjukkan penurunan...

MPM Diminta Sumbang Idea...

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Melayu (MPM) diminta menyumbang idea bagi membantu kerajaan...

PM Dukacita, Ucap Takziah...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menzahirkan rasa dukacitanya...

Jumlah Wanita Australia Sertai...

SYDNEY - AUSTRALIA . Bilangan wanita muda Australia yang menyertai kumpulan militan Negara...

8 Pusat Sukan Olimpik Tokyo Dibina Guna Balak Haram Dari Sarawak?

Global Witness, satu kumpulan anti rasuah mendakwa, industri pembinaan di Jepun merupakan pelanggan utama syarikat pembalakan Sarawak.

Melalui laporan The Malaysian Insider, badan tersebut yang berpangkalan di London mempersoalkan permintaan Jepun bagi mendapatkan bekalan kayu dari negeri bumi kenyalang itu untuk pembinaan lapan pusat sukan Olimpik Tokyo 2020.

Untitled

Dalam laporan yang bertajuk ‘Pertembungan Dua Alam’, badan tersebut berkata:

“Jepun mengimport lebih banyak papan lapis dari hutan tropika berbanding negara lain, yang menyuburkan industri pembinaan dan perumahan. Separuh daripada kayu ini berasal dari hutan hujan Sarawak, di Pulau Borneo.”

Sarawak hilang hutan hujan tropika lebih cepat berbanding tempat lain di dunia ini, yang dipacu industri kayu yang penuh dengan rasuah dan menyalahi undang-undang.”


Portal terbabit pernah melaporkan tentang kegiatan tersebut melalui berita bertarikh 10 September 2013 apabila menulis, Global Witness mendedahkan dua syarikat Jepun iaitu Samling Global dan Shin Yang Group didakwa terlibat dalam pembalakan haram ‘sistematik dan merosakkan’.

Melalui laporan 24 halaman, badan itu berkata, “Rasuah dalam peruntukan tanah dan lesen perhutanan sistematik yang melibatkan peringkat tertinggi kerajaan.

“Penguatkuasaan yang lemah dan tidak bertanggungjawab oleh syarikat-syarikat pembalakan menyebabkan pembalakan haram dan tidak mapan berlaku secara meluas.” – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori