Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Miliki Pemikiran Kemenangan Untuk...

KUALA LUMPUR - Anggota UMNO khususnya di Selangor digesa turun padang dengan berbekalkan...

Malaysia Yakin Dapat Kenal...

PUTRAJAYA – Malaysia yakin bahawa pelaku yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines...

Peguam Khas Bela Budak...

KUALA LUMPUR - Penyediaan peguam khas di Mahkamah Syariah untuk membela nasib kanak-kanak...

Hakim Kenya ‘Menerima’ Pemeriksaan...

Mahkamah Tinggi Kenya menolak tuntutan yang menentang kesahihan pemeriksaan dubur sebagai bukti dalam...

Banjir: ATM Buka Hospital Barisan Hadapan

PASIR MAS – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuka sebuah hospital barisan hadapan bagi memberi kemudahan rawatan sementara kepada mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gelang Mas, petang semalam.

Panglima 8 Briged Briged Jeneral Datuk Azmi Yahya berkata, hospital itu dilengkapi semua kemudahan untuk bantuan perubatan.

“Empat doktor ditempatkan di hospital ini bagi memberi rawatan awal kepada pesakit sebelum mereka dibawa ke hospital berdekatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azmi berkata, hospital itu berfungsi sebagai pusat taktikal untuk markas perubatan yang memberi perkhidmatan rawatan kepada mangsa banjir.


“Selepas menguruskan pemindahan mangsa banjir, ATM akan memberi tumpuan kepada bantuan perubatan di pusat-pusat pemindahan selain menyalurkan bekalan makanan,” katanya.

Pegawai Memerintah 2 Batalion Ubat Dr Nik Mohd Nor Nik Amin yang mengetuai operasi bantuan perubatan itu berkata jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di situ meningkat setiap hari.

“Semalam, 150 orang telah mendapatkan rawatan dan jumlah itu dijangka bertambah hari ini kerana sudah ramai penduduk sekitar mula mengetahui perkhidmatan yang disediakan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori