Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Muhyiddin Antara Calon Menteri...

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub menafikan Pakatan...

Tokan Dadah Wanita Beraya...

Manjung : Wanita dipercayai tokan dadah yang baru tiga bulan aktif kegiatan itu...

Kantoi… Netizen Anti-BN Fitnah...

BONGKAR... Mungkin tiada isu besar hendak dimainkan untuk hasut rakyat benci Barisan Nasional...

Had Usia Beli, Jual...

KUALA LUMPUR - Had usia membeli dan menjual rokok dicadang dinaikkan kepada 21...

Banjir: Balai Polis Kuala Jengai Ditutup Sementara

DUNGUN – Balai Polis Kuala Jengai di sini ditutup sementara setelah dinaiki air banjir sejak semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, ASP Elias Abu Bakar berkata sembilan anggota bersama 31 ahli keluarga mereka turut dipindahkan.

Beliau berkata hujan yang mulai turun sejak pagi semalam menyebabkan air mulai masuk ke kawasan balai kira-kira pukul 7 malam.

“Ketika itu anggota balai terbabit sedang bertungkus lumus memindahkan penduduk di empat buah kampung ke Dewan Sekolah Menengah Kuala Jengai.

“Mereka kemudiannya terpaksa pula memindahkan anggota keluarga mereka ke pusat pemindahan,” katanya kepada pemberita di sini.


Namun Elias berkata dokumen penting dan senjata di balai itu telah dipindahkan lebih awal.

“Kita bersiap sedia lebih awal kerana tahun lalu pun balai polis terbabit dinaiki air,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin membuat urusan polis boleh mengunjungi balai polis bergerak di Sekolah Menengah Kuala Jengai.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori