Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

“Syed Saddiq Malu Nak...

KAJANG - Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang lebih dikenali...

Pemergian Mak Merupakan Yang...

SUNGKAI - "Pemergian mak saya (meninggal dunia di Makkah) merupakan yang terbaik dan...

Polis Akan Panggil Jho...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil ahli perniagaan Low Taek...

Beri Laluan Kepada Dukun,...

PENGARAH terkenal, Ahmad Idham memaklumkan bahawa beliau akan hantar surat permohonan kepada Perbadanan...

Banjir Bukan Halangan Untuk Pengantin Ini Disatukan

MALAPETAKA banjir yang teruk melanda di beberapa buah negeri khususnya di pantai timur terus menjadi kebimbangan apabila bencana itu dilaporkan semakin bertambah buruk.

Keadaan bencana yang semakin meruncing ini tidak menjadi halangan buat sepasang pengantin baru untuk melangsungkan majlis akad nikah mereka di Kota Bharu, Kelantan.

Pasangan bernama Herdayuszairi Zakaria, 33 dan isterinya Nur Sadrina Salim, 29 selamat disatukan kira-kira pukul 2 petang semalam.

Bagaimanapun, pasangan ini terpaksa menempuh pengalaman unik sebelum disatukan berikutan kawasan rumah pengantin sudah ditenggelami banjir lebih satu meter.

Pengantin lelaki dikatakan terpaksa meredah banjir dengan menaiki sampan untuk sampai ke rumah pengantin perempuan di Kampung Betong Salo, Seberang Pasir Mas.

“Kawasan kampung isteri saya turut ditenggelami banjir. Saya terpaksa menggunakan kemudahan sampan dari rumah datuknya ke rumah pengantin perempuan.


“Malah semua tujuh dulang hantaran perkahwinan turut dibawa menaiki sampan berasingan,” katanya.

Sementara itu, Herdayuszairi memberitahu majlis pernikahan mereka sepatutnya berlangsung hari ini namun terpaksa diawalkan sehari berikutan paras banjir yang semakin meningkat. –MYNEWSHUB.CC

 

VIDEO KOMPILASI PENGANTIN PADA MUSIM BANJIR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori