Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

TM Lantik Shazalli Pengarah...

KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia Bhd. (TM) melantik Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly,...

Prestasi Kewangan Terengganu 2013...

KUALA TERENGGANU - Prestasi dan kedudukan kewangan kerajaan negeri Terengganu bagi tahun 2013...

Pengharaman Vape Perlu Diiringi...

ALOR SETAR - Kerajaan disaran supaya mengharamkan penjualan rokok elektronik (vape) dan shisha...

Tiada Masalah Kalau Mahu...

JAKARTA - Menteri Pertahanan Mohamad Sabu hari ini menegaskan "tiada bermasalah untuk berpantun"...

Banjir Buruk Landa Selatan Perancis

PARIS – Banjir terburuk sejak lebih sedekad lalu yang melanda selatan Perancis memaksa lebih 1,500 orang berpindah dari kediaman mereka, kata beberapa pegawai semalam.

Antara 800 hingga 1,000 orang dipindahkan dari kediaman mereka di sepanjang tebing Sungai Algy di kawasan Pyrenees-Orientales pada tengah hari semalam, menurut pejabat pemerintah rantau berkenaan dalam satu kenyataan.

Banjir kali ini dianggap lebih serius daripada banjir kilat pada 1999.

“Kami memindahkan penduduk yang tinggal dalam lingkungan 200 meter dari tebing sungai itu,” menurut kenyataan tersebut.

Selain itu, 391 orang lagi telah meninggalkan kediaman mereka di Canet, Argeles-sur-Mer dan Barcares yang terletak di pesisir pantai Mediterranean.

“Saya berusia 42 tahun dan saya belum pernah melihat banjir dahsyat seperti ini,” menurut seorang penduduk Argeles, Kristel Gregori.


Selain Sungai Algy, Sungai Berre di selatan Perancis turut melimpah. Sungai itu mencatat paras tertinggi satu meter melebihi paras semasa banjir pada 1999 yang menyaksikan 35 orang mati dan seorang hilang.

Kira-kira 250 orang pula telah dipindahkan dari kawasan tanah rendah Sigean, juga selatan Perancis.

Banjir, hujan lebat dan ribut berulang kali melanda selatan Perancis sejak beberapa minggu lalu.

Sejumlah empat orang terkorban dan dua orang termasuk seorang budak perempuan berumur lapan tahun masih hilang di selatan Perancis selepas ribut kencang melanda pada Khamis dan Jumaat lalu mencetuskan banjir kilat di rantau itu. – AFP

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori