Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

GPS Tidak Akan Sertai...

KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan...

Daftar Pengundi Meragukan: SPR...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan dan...

Keluarga Pelakon Nekad Buru...

PELAKON Bollywood, Jiah Khan telah meninggal dunia pada 2013. Kini keluarganya berikrar untuk...

Tips: Cara ‘Ohsem’ Susun...

Mengapalah semasa kami di bangku sekolah dulu tidak pernah memikirkan cara sebegini untuk...

Banjir Dan Berita Palsu, Apa Dah Jadi Dengan Rakyat Malaysia?

Mengakhiri tahun 2014, Malaysia nampaknya mencatatkan insiden banjir terburuk dalam sejarah semenjak tahun 1971.

Di mana lebih 200,000 mangsa terjejas khususnya melibatkan negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung.

Menurut laporan, kebanyakan kawasan yang sebelum ini langsung tidak terlibat banjir turut dinaiki air di paras merbahaya dan apatah lagi di kawasan-kawasan yang sememangnya dikenal pasti sering terlibat banjir.

Keadaan ini turut menyebabkan negara menjadi tumpuan media, termasuk “wartawan-wartawan tidak bertauliah” di laman-laman sosial Facebook, Instagram, Twitter, aplikasi Whatsapp dan sebagainya.

Malangnya, cerita-cerita yang disampaikan bukan saja tidak tepat, malah boleh dikategorikan sebagai palsu, fitnah dan tidak benar sama sekali.

Begitu banyak status yang main letak aje gambar entah mana-mana punca dan tidak ada kene mengenakan dengan berita yang sedih dah sayu.

Bahasa yang dikarang adalah begitu menyentuh hati dan nampak macam betul tetapi hakikatnya adalah rekaan dan penuh penipuan.

Contohnya,  gambar bomba sedang bawak bot laju maka dikarang cerita bomba bawa bantuan hanya untuk penyokong kerajaan dan bergerak laju bila orang PAS sedang kelaparan memohon bantuan.

Perghhh…gambar ada…berita sedih … sape tidak termakan umpan kan?

Cuma kita ni suka sangat membodohkan diri sendiri….jangan marah…itulah hakikatnya… main telan aje semua benda … janji ada gambar yang takda kene mengena + baris-baris ayat buat-buat sedih… cukuplah: maka kita pun tumpang emosi tak tentu hala.

Bomba sedang bawak bot laju… mungkin ada kecemasan…dalam situasi banjir takkan nak bawak santai….pastinya sedang berkejar ke tempat lain …betul-betul yang kat tepi-tepi tu orang PAS?

Mana asas dan bukti dakwaan? Main cakap aje….

Yang bercerita tu siapa orangnya? Kerap kali orang yang akaun menyebar berita palsu ni akan guna ayat kawan saya…adik ipar saya…nama pemilik akaun tu sendiri dah kabur asal usulnya…ditambah lagi dengan watak adik dan entah apa-apa…semata-mata untuk menghilangkan jejak kalau ada orang cuba kesan siapa penghantarnya.

Dahulu, mereka dikenali sebagai Red Bean Army yang dimilik parti politik tertentu yang menggunakan modus operandi seperti itu, akaun dengan nama palsu dan gambar palsu menyerbarkan pelbagai berita palsu.

Antara cerita rekaan palsu yang berjaya dikesan sepanjang insiden banjir berlaku adalah seperti dakwaan kononnya berlaku darurat di Kelantan, bantuan dari NGO dan persendirian ditahan untuk ditampal pelekat Barisan Nasional (BN) dan macam-macam lagi.

fitnah wm

fitnah2 wm

demn

 

Di sini kami senaraikan beberapa cerita yang dikenal pasti PALSU yang tersebar sejak keadaan banjir kian buruk di zon Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

1. Surat tarik diri sukarelawan penyediaan makan minum
2. Bantuan dari NGO/persendirian yang ditahan sebab tidak tampal pelekat BN
3. Surat dari anggota tentera (kebuluran kerana bantuan tidak sampai)
4. Sekolah Manik Urai yang runtuh
5. Puisi ibu Darwish ‘tidurlah sayang’
6. Sewa helikopter tentera RM4,500 sejam
7. Gambar budak mati akibat bumbung runtuh (hakikat sebenar adalah di Indonesia)
8. Keluarga 10 orang mati akibat terperangkap dalam rumah
9. Kelantan terputus terus hubungan jalan raya
10. Empangan Thailand yang melepaskan air
11. Bantuan hanya sampai kepada penyokong BN sahaja


12. Askar wataniah menangis kerana tidak dapat membantu rakyat Kelantan (sedangkan bantuan ke Kelantan diusahakan kerajaan sebaik mungkin).

 

Bagi kami penyebaran cerita-cerita sedih palsu yang mempengaruhi emosi kononnya seperti 10 sekeluarga maut akibat terperangkap dalam rumah dan puisi pilu “ibu Darwish” yang berjudul “Tidurlah Sayang” hanya membuatkan situasi bertambah buruk.

Terdapat sebuah cerita yang melaporkan kerajaan hanya hantar 1 set janakuasa sahaja di Kelantan padahal yang terkini dilaporkan sebanyak 8 set janakuasa dihantar, 4 di Gua Musang, 2 di Tanah Merah, 2 di Kota Bharu.

Terbaru, timbul pula dakwaan kononnya pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggesa rakyat di Pekan, Pahang supaya berpindah serta merta kerana banjir dikatakan akan berlaku di kawasan berkenaan dalam tempoh 24 jam.

Dakwaan tersebut bagaimanapun, telah disangkal sekeras-kerasnya oleh pihak ATM semalam. Anda boleh membacanya di sini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) nampak ada bertindak proaktif sedikit walaupun masih tidak mencukupi sebenarnya.

Mereka telah menyenaraikan empat individu dikehendaki yang dikatakan telah menyebar dakwaan palsu-palsu berkenaan banjir di Pantai Timur.

Keempat-empat individu terbabit dipercayai beragama Islam dan berbangsa Melayu!

Islam apa kalau perangai menyebar fitnah?

Apa sudah jadi dengan rakyat Malaysia?

Satu kelompok kecil beriya-iya menyebar fitnah manakala satu kelompok besar tanpa menggunakan akal fikiran menelan semua fitnah itu.

Ramai pihak sedang bertungkus-lumus, berjerih-payah, bersengkang mata dan bergadai nyawa membantu mangsa-mangsa banjir di sana, ada pula yang sanggup membuat dan menyebar cerita palsu atas tragedi yang menimpa negara.

Apakah kita mahu mengakhiri tahun 2014 dengan dosa dan fitnah pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab serta tidak berhati perut itu?

Tepuk dada, tanyalah iman di dada-MYNEWSHUB

Disyorkan baca: Ribut Jangmi: Betul Ke Akan ‘Hentam’ Pantai Timur Esok?

 

https://www.youtube.com/watch?v=MbqQ6e4YNe8

https://www.youtube.com/watch?v=Gb9xcTa6Shw

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori