Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Bayi Lelaki Ditinggal Di...

ALOR SETAR - Seorang bayi lelaki dalam keadaan sempurna dijumpai di tepi jalan...

Shalin, Safiyah Ungguli Kejohanan...

KUALA LUMPUR - Gandingan pemain berpengalaman, Shalin Zulkifli dan Siti Safiyah Amirah, meraih...

Keluarga Upah Tiga Penyelam...

LANGKAWI - Keluarga warga Brazil, Lucas Soares Bondezan, 24, yang hilang sejurus bot...

Bekas Anggota Polis Dipenjara...

KUALA TERENGGANU - Akibat meminta dan menerima rasuah RM1,500 seorang bekas anggota polis...

Banjir Di Perak Terus Buruk, 6,000 Dipindahkan

IPOH – Keadaan banjir di negeri ini bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan terus meningkat kepada 6,000 mangsa daripada 1,500 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sehingga jam 8 pagi tadi.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri (MKN), Norhafizah Zainuddin, berkata setakat jam 8 pagi tadi sebanyak 48 pusat pemindahan di tiga daerah di Hulu Perak, Perak Tengah dan Kuala Kangsar dibuka untuk menempatkan mangsa banjir.

“Daerah Perak Tengah mencatatkan bilangan mangsa paling ramai iaitu 2,804 mangsa dari 718 keluarga dipindahkan ke 16 pusat pemindahan.

“Di daerah Kuala Kangsar, seramai 2,579 mangsa dari 628 keluarga ditempatkan di 23 pusat pemindahan.
“Manakala, di daerah Hulu Perak yang membabitkan kawasan Lenggong, seramai 614 mangsa dari 154 keluarga ditempatkan di 10 pusat pemindahan,” katanya ketika dihubungi di sini.


Katanya, pihaknya masih menunggu status terkini mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori