KUALA LUMPUR – Beberapa kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) turut terjejas akibat bencana banjir besar yang melanda pantai timur sejak beberapa hari lalu.
Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam satu kenyataan media memberitahu, kem terbabit adalah kem Cenderawasih Cador di Marang, kem Saujana Jabi di Besut dam kemn Cheneh Cemerlang di Kemaman, Terengganu.
“Manakala di Kelantan hanya satu kem PLKN terlibat iaitu kem Batu Jong, Kuala Kerai dan di Perlis kem Tasoh.
“Tindakan pantas telah dibuat oleh pihak kem dengan memindah semua pelatih ke kawasan perpindahan yang selamat,” kata kenyataan itu malam tadi.
Menurut kenyataan itu, ibu bapa yang mahu mendapatkan maklumat mengenai situasi pelatih terbabit diminta menghubungi talian 03-4027 4747 atau emel kepada [email protected].