Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jenazah Pemain T-Team Masih...

KOTA BAHARU - Jenazah David Faramola Oniya, pemain T-Team yang meninggal dunia akibat...

SPRM Perlis Lancar G-War...

KANGAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis hari ini melancarkan Gerakan Wanita...

Polis Tahan 4 Lelaki,...

JOHOR BAHRU - Polis menahan empat lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai...

Hari Raya 46 Kampung...

KUALA TERENGGANU - Seramai 22,300 penduduk di dua daerah di negeri ini terpaksa...

Banjir: Kenderaan Berat Dan Ringan Tersekat Di Kuala Krai

KUALA KRAI – Beratus-ratus kenderaan berat dan ringanterkandas apabila jalan utama Kota Baharu – Gua Musang, di sini terputus apabila air mula naik hampir semeter sejak pagi tadi.

Pemandu bas ekspres Mohd Farid Hasni, 27, berkata perjalanan dari Kota Baharu menuju ke Ipoh dan Butterworth, yang membawa 20 penumpang, terkandas sejak pukul tujuh pagi tadi, apabila jalan antara Kampung Tok Bok dan Pekan Guchil, tenggelam akibat limpahan air dari Sungai Durian.

“Bas bergerak dari Kota Baharu pukul 12 malam. Dalam perjalanan menggunakan laluan Gua Musang-Lojing-Cameron Highlands (untuk ke Ipoh dan Butterworth), saya dimaklumkan berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan Gua Musang, menyebabkan saya terpaksa berpatah balik.

“Saya ingat nak guna laluan dari Jeli ke Grik, tak sangka di sini (Kuala Krai) pun tersekat. Kini saya hanya tunggu maklum balas daripada pihak pengurusan sama ada mereka akan sediakan bas lain di seberang sana, serta bot untuk penumpang bas naik,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati ratusan penduduk terpaksa menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan pihak polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, serta bot kecil persendirian untuk menyeberangi kawasan banjir sejauh 500 meter.

Pemandu lori Abdul Amin Shaik, 22, berkata beliau khuatir barangan yang dibawanya iaitu buah-buahan segar seperti limau, epal dan pisang, akan rosak jika beliau gagal menghantar barangan itu dalam masa 24 jam.

Katanya, perjalanan dari Pasar Borong Selayang ke Kota Baharu biasanya mengambil masa 12 jam, namun kali ini tiada apa yang boleh dilakukan melainkan menunggu hingga banjir surut sedikit.


“Memang tak ada laluan lain. Kebanyakan pemandu lori dan bas terpaksa menunggu hingga banjir surut sedikit, baru kami boleh jalan.

“Walaupun bos (majikan) tahu keadaan kami, saya khuatir kami semua terpaksa menunggu lebih lama sebab ada orang kampung beritahu, banjir kali ini luar biasa dan mungkin ambil masa dua hari untuk reda,” katanya.

Penyelia ladang, Mohd Zaharudin Yeh, 43, berkata, beliau dan anak sulungnya dalam perjalanan dari Kuala Lipis, Pahang untuk mengambil isterinya serta anak bongsu mereka di Kota Baharu.

Beliau berkata, perjalanannya terkandas sejak pukul enam pagi tadi apabila pihak berkuasa memaklumkan jalan terpaksa ditutup akibat banjir.

“Tengok keadaan macam ni, mungkin saya akan cari hotel berdekatan untuk sementara waktu sampai jalan buka. Nak patah balik ke Kuala Lipis, sakit jiwa saya,” katanya berseloroh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori