Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Imigresen: Pintu Sempadan Dibuka...

JITRA - Jabatan Imigresen Malaysia bersedia menggalas tanggunjawab mengendalikan pengoperasian apabila pintu sempadan...

Sanggup Jalan 850 Kilometer...

SEORANG peniaga dalam talian sanggup membuat perjalanan sehari semalam, sejauh 850 kilometer ke...

Jangan Sekadar Sokong Kosong...

KUANTAN - Sikap suka membodek dan hanya menunjukkan 'sokongan kosong' dalam kalangan anggota...

‘Jika Ada Majlis, Saya...

SEJAK bulan lalu, heboh gosip menyatakan ikon fesyen terkenal, Wak Doyok telah mengikat...

Bapa Tanam Bayi Hidup-Hidup Kerana Dilahirkan Bibir Sumbing

KEMBOJA – Hanya kerana dilahirkan dengan bibir sumbing, seorang bapa tergamak menanam bayinya hidup-hidup sebaik sahaja bayi perempuan itu dilahirkan.

Nasib baik bayi itu terselamat selepas dia ditemui oleh  seorang budak yang bermain di kawasan kotor berkenaan.

Lelaki kejam itu, Kong Sokthy, 29, dikatakan telah menanam bayi berkenaan sebaik sahaja dia melihat wajah anak yang baru dilahirkan itu.

Dia kemudiannya ditangkap polis namun tuduhan ke atasnya telah digugurkan.

Dalam pada itu, bayi tersebut yang kini sudah berusia tujuh bulan akan menjalani pembedahan selama 45 minit bagi membetulkan bibirnya yang sumbing itu.


Menurut pakar bedah, Dr Mok Theavy, yang akan menjalankan pembedahan secara percuma itu, pembedahan itu adalah mudah dan bayi berkenaan akan dapat makan dengan betul, manakala parutnya tidak akan kelihatan.

Sementara itu, ibu bayi tersebut, Heng Dang tidak menyangka bahawa bibir sumbing dapat dibetulkan menerusi pembedahan.

“Saya tidak sangka bibir sumbing dapat dibetulkan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan:
  • bayi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori