Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

PDIP Umum Jokowi Calon...

JAKARTA - Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) hari ini secara rasmi mengumumkan Joko...

Penang Institute Iktiraf Maria...

KUALA LUMPUR - Fellow Penang Institute, Toh Kin Woon mengiktiraf penganjur Bersih 5,...

Piala AFC: JDT, Bengaluru...

JOHOR BAHRU - Juara bertahan Piala AFC, Johor Darul Ta'zim (JDT) memilih laluan...

Kes Saman Guru: KPM...

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan (KPM) masih menunggu laporan terperinci daripada Jabatan Pendidikan...

Bapa Terpotong Kaki Anak Ketika Mesin Rumput

California – Malang menimpa seorang kanak-kanak Roseanne Mendez yang berusia 18 bulan apabila bapanya telah terpotong sebelah kakinya dengan mesin meratakan rumput di rumah mereka, ketika kanak-kanak itu sedang bermain buaian di situ.

Sebaik kejadian berlaku, lelaki itu, Reyes Mendez terus bergegas ke rumah jirannya, Lisa Bertelsen bagi meminta bantuan.

Menurut Bertelsen, dia kemudiannya menghubungi 911 dan selepas itu berlari ke tempat kejadian.

“Ibu saya memberikan tuala dan kemudiannya saya membalut kaki bayi tersebut. Ia dipenuhi dengan darah,’’ kata Bertelsen ketika mengingati semula kejadian pada 7 Disember lalu.

Roseanne kemudiannya dibawa ke hospital, namun doktor tidak dapat menyambung semula kakinya.


Dalam pada itu, seorang anggota polis, Paige McQuay yang menjawab panggilan kecemasan berkenaan berkata, ketika dia tiba di rumah mangsa, dia begitu tersentuh dengan kemalangan yang menimpa kanak-kanak tersebut.

“Sebaik melihat kanak-kanak itu, saya terus terfikirkan lima orang anak saya,’’ katanya yang kemudiannya melancarkan kutipan derma bagi membantu keluarga malang tersebut.

Ini kerana Reyes tidak dapat bekerja lagi selepas kejadian itu akibat trauma yang dialaminya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori