Tuesday, July 9, 2024

Creating liberating content

PMSP Saran Beku Akaun...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) menyarankan kerajaan membekukan akaun...

Filter Instagram Kegemaran 3...

SIAPA yang tidak mahu kelihatan menarik seperti foto-foto selfie selebriti terkenal di Instagram kan?Sebenarnya,...

USM Keluarkan ‘Polisi Mel@ncap’...

SEBELUM ini sekeping nota yang dilekatkan di pintu depan sebuah kafe siber pernah...

Pemancing Yang Hilang Ditemui...

LABUAN - Seorang pemancing rakyat tempat yang dilaporkan hilang tiga hari lepas ditemui...

Barcelona Benam PSG 3-1 Untuk Juarai Kumpulan

BARCELONA – Penyerang trio Lionel Messi, Neymar dan Luis Suarez menghasilkan gol apabila Barcelona bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan Paris Saint-Germain 3-1 pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Namun kedua-dua pasukan sudahpun layak ke pusingan 16 pasukan terakhir namun perlawanan itu cuma untuk menentukan tempat pertama dan kedua kumpulan.

Juara Liga Perancis itu bagaimanapun memerlukan satu mata di Camp Nou manakala Barcelona pula perlu menang untuk menjuarai kumpulan berkenaan.

Pasukan pelawat terlebih dahulu menggegarkan jaring Barca menerusi jaringan Zlatan Ibrahimovic pada minit ke-15.

Barcelona yang membarisi semua penyerang bintangnya bangkit dengan jaringan penyamaan oleh Messi pada minit ke-19.


Sebelum tamat separuh masa pertama, penyerang Brazil, Neymer menyumbat masuk untuk memberi kelegaan kepada skuad bimbingan Luis Enrique itu.

Suarez pula meledak untuk gol ketiga Barca pada minit ke-77 sekali gus meranapkan rekod tanpa kalah PSG musim ini di peringkat Eropah. – AFP

https://www.youtube.com/watch?v=-S58YMh914U

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori