Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

76 Premis Keagamaan Gagal...

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati 76 daripada 230...

Thai AirAsia Nombor Tiga...

BANGKOK – Thai AirAsia tersenarai sebagai syarikat penerbangan tambang rendah ketiga paling menepati...

Curi, Jual Barang Kemas...

SEORANG pelajar didenda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret Melaka semalam selepas disabit kesalahan curi...

Tiada Larangan Liputan Program...

KUALA LUMPUR - Pejabat Perdana Menteri tidak mengenakan sebarang larangan terhadap media dalam...

Bas Pelancong Terbalik, 30 Penumpang Selamat

SUNGAI BULOH – Kira-kira 30 penumpang bas pelancong dari Ipoh, Perak, nyaris maut apabila bas yang dinaiki mereka dipercayai terbalik di KM458.5 berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, menghala ibu negara, awal pagi Isnin.

Dalam kejadian 12.30 pagi itu, kesemua penumpang bas dilaporkan selamat dantidak mengalami sebarang kecederaan, kecuali seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Pemandu bas terbabit K. Ramesh, 45, berkata insiden berkenaan berlaku sebaik bas yang dipandunya memulakan perjalanan selepas berhenti di R&R Sungai Buloh.

“Ketika memandu keadaan jalan begitu gelap dan saya tidak nampak ada lubang di jalan yang sedang dinaik taraf itu, yang mempunyai lubang sedalam hampir satu meter,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.


Ramesh turut mendakwa punca kejadian disebabkan tiada kon keselamatan yang diletakkan di jalan yang terjejas itu.

Difahamkan kesemua penumpang dari Ipoh yang menaiki bas terbalik itu, telah menaiki bas gantian dan menyambung semula perjalanan ke Singapura.

Sementara itu, jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Plus Expressways Sdn Bhd ketika dihubungi Bernama berkata bas terbalik berkenaan telah ditunda pada 2.25 pagi tadi dan keadaan dilaporkan kembali normal. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori