Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Menteri Boleh Pakai Otak...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa bekas anggota...

Harga Tambang Penerbangan Domestik...

JAKARTA – Harga tiket pesawat komersial turun untuk pelbagai destinasi di Indonesia awal...

MB Perak Mahu Pemantauan...

IPOH - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mahu pihak...

Video: Tokan Dadah Langgar...

RAKAMAN video sebuah kereta yang dipandu secara melulu kemudian merempuh seorang anggota polis sebelum...

Batal Cadangan Lesen Pancing Bagi Lindungi Nelayan Miskin

PUTRAJAYA – Pembatalan kepada cadangan Jabatan Perikanan untuk mengenakan lesen terhadap pemancing mulai tahun depan adalah bagi melindungi sumber pendapatan nelayan miskin Zon A, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata ia mengambil kira golongan yang akan terjejas jika cadangan itu dilaksanakan.

“Kita merasakan pelaksanaan pelesenan menangkap ikan akan membebankan terutamanya nelayan miskin di Zon A selain menyulitkan mereka yang mempunyai hobi memancing,” katanya kepada media di sini hari ini.

Semalam beliau mengumumkan pembatalan cadangan itu.

Pada masa yang sama beliau berkata banyak negara mengenakan lesen untuk pemancing bagi melindungi spesis dan habitat ikan serta hidupan laut lain daripada berkurangan.


“Tetapi peraturan ini dilaksanakan mengikut kesesuaian negara tersebut dan pada pendapat saya negara kita masih belum sesuai melaksanakannya,” kata Ismail Sabri.

Isu untuk mengenakan lesen terhadap pemancing menjadi viral di laman sosial terutama milik peminat dan kaki pancing yang merasakan langkah memperkenalkan lesen kepada pemancing sebagai tidak wajar.

Terdahulu Ismail Sabri menyampaikan sumbangan 3,000 kampit beras bernilai RM45,000 kepada Bridged Kesatria Muda Malaysia untuk disalurkan kepada program bantuan kemanusiaan bagi mangsa banjir di pantai timur serta kawasan lain. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori