Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hina La… Caci La…...

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga Presiden PPBM dalam ucapan beliau "mengisytiharkan" sejarah...

Rizalman Dihantar Ke New...

Bekas anggota Angkatan Tentera berpangkat Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail akan dihantar...

Akauntan Maut Terperosok Di...

KUALA LUMPUR - Seorang akauntan wanita maut akibat terperosok di bawah keretanya apabila...

Tasha Manshahar Sah Isteri...

PENYANYI dan penyampai radio Zayan, Fahrur Raqib Abdul Majid atau dikenali dengan nama...

Bayi Dibuang Di Saluran Najis Berjaya Diselamatkan

Seorang bayi di daerah Suide di barat laut China berjaya diselamatkan selepas dibuang oleh ibunya sebaik dilahirkan di dalam saluran pembentungan.

Tangisan bayi berkenaan didengari oleh seorang pejalan kaki yang berjalan berhampiran saluran itu di wilayah Shaanxi yang kemudian menghubungi pihak berkuasa.

Bayi itu berjaya dikesan terendam badannya di dalam air kotor di dalam saluran pembentungan itu.

MENARIK – Wanita Lahirkan Bayi Seberat 6.3kg Di China

Bayi bertuah itu dinamakan Xiaoxiao atau bermaksud si kecil hanya calar di badan dan kini sedang dirawat di sebuah hospital sementara polis berusaha mengesan ibunya.

“Kami terpaksa mengejar masa kerana bimbang ada orang akan mencurahkan lagi air ke dalam pembetung itu atau bayi itu mungkin tertiarap yang akan menyebabkan dia mati lemas,” kata Ketua Jabatan Bomba Daerah Suide, Li Zhi.

Kerana tidak mahu memecahkan pembetung itu bagi mengelak bayi berkenaan cedera atau mati, Li Zhi berkata, anggotanya terpaksa menggunakan pelbagai alat untuk memudahkan Xiaoxiao dibawa ke arah lubang pembetung itu sebelum dia ditarik keluar.


Sebelum ini pada September lepas, seorang bayi terpaksa diselamatkan oleh anggota bomba di China selepas terperangka dalam saluran paip juga selepas dilahirkan oleh ibunya yang mahu menyembunyikan kelahiran.

Ibu bayi itu yang merupakan seorang pelajar universiti membersihkan diri dan menyambung ulangkaji pelajarannya selepas melahirkan bayi itu seolah-olah tiada apa yang berlaku. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

Video Bayi Terperangkap Dalam Saluran Paip Di China September Lepas

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori