Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bajet 2022: Baucar Perlindungan...

KUALA LUMPUR - Program Baucar Perlindungan Tenang kepada golongan B40 akan diteruskan tahun...

Kerajaan Tanggung Beban Jika...

LENGGONG - Hasrat Pakatan Harapan dan PAS untuk menghapuskan hutang Perbadanan Tinggi Pendidikan...

85,401 Keluarga Layak Terima...

KUALA LUMPUR - Seramai 85,401 keluarga miskin tegar layak menerima bantuan 20 kilogram...

PM Bersyukur Bot Tempur...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa syukur...

Bekalan Darah Mencukupi Di Hospital Labuan

LABUAN – Jabatan Kesihatan Labuan memberi jaminan bahawa bekalan darah di Hospital Nukleus Labuan adalah mencukupi untuk memenuhi keperluan perubatan.

Pengarahnya, Dr Ismail Ali berkata jabatan itu sentiasa mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan bekalan darah mencukupi di tabung darah hospital berkenaan.

Beliau berkata, adalah penting untuk memastikan bekalan darah mencukupi di mana-mana hospital kerajaan bagi memenuhi keperluan mangsa kemalangan, pesakit kanser dan kanak-kanak yang mengalami gangguan darah.

Justeru itu, katanya jabatan itu menggalakkan pendermaan darah melalui kempen derma darah di hospital kerajaan.


“Kami sentiasa mempunyai kerjasama rapat dengan badan-badan bukan kerajaan

(NGO) untuk melancarkan kempen derma darah,” kepada Bernama hari ini.

Tabung darah di hospital dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Jumaat dan ditutup pada cuti umum dan hujung minggu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori