Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PDRM Rakam Kenyataan Justo...

MELAKA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan merakam kenyataan bekas eksekutif kanan PetroSaudi...

Nombor Plat Pendaftaran ‘AMY...

IPOH: Nombor plat pendaftaran kenderaan 'AMY 1' yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)...

Wanita Kongsi Pengalaman Ditipu...

KISAH ini asalnya dikongsikan di pautan Facebook Noru Akmal, menceritakan bagaimana pengalamannya ditipu...

ATM Rampas 240 Kg...

ALOR SETAR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui pasukan Batalion Kedua Rejimen Renjer...

Bekalan Elektrik Di Rantau Panjang Pulih Sepenuhnya

KOTA BHARU – Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan membaik pulih sepenuhnya bekalan elektrik yang terputus akibat banjir di beberapa kawasan di Rantau Panjang sejak Rabu lalu.

Pengurus Besar TNB Kelantan, Md Yuslan Md Yusof, berkata kerja baik pulih itu siap sepenuhnya, petang semalam.

“Keadaan banjir pun dah semakin baik oleh sebab itu kita sambungkan semula bekalan yang terputus sejak beberapa hari lalu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, sehingga tengah hari ini, jumlah mangsa banjir di tujuh jajahan di Kelantan menurun sedikit daripada 18,012 orang pagi tadi kepada 16,181 yang membabitkan 53 pusat pemindahan berbanding 56 pusat pagi tadi.

Jumlah keluarga yang terbabit juga menurun daripada 5,995 keluarga pagi tadi kepada 5,376 keluarga tengah hari ini.


Md Yuslan berkata, sehingga kini masih terdapat enam lokasi di negeri ini yang masih belum dapat dibaik pulih memandangkan keadaan banjir di kawasan berkenaan masih buruk.

Katanya, enam kawasan berkenaan ialah satu kawasan di Kuala Krai, dua kawasan di Pasir Mas dan tiga kawasan di Tumpat.

“Namun kita akan pulihkan dengan secepat mungkin sekiranya keadaan banjir sudah pulih dan tidak berbahaya kepada orang ramai,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori