Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

MYAirline Beri Amaran Penipuan...

SHAH ALAM - Syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline memberi amaran kepada pelanggan berkenaan...

Samsung Malaysia Lancarkan Siri...

SAMSUNG telah memperkenalkan siri keluarga peranti Galaxy A pada tahun lepas secara rasminya, dan...

Shafee Mahu Sri Ram...

KUALA LUMPUR - Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menghadapi dua pertuduhan...

Kuasa Tahan, Tangkap PATI...

GERIK : Tentera Darat Malaysia (TDM) berharap mendapat hak kuasa memeriksa, menahan dan...

Bekalan Petrol RON97 Pulih Minggu Depan – Hasan Malek

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bekalan petrol RON97 akan kembali normal di semua stesen minyak seluruh negara mulai minggu depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, berkata gangguan bekalan sejak awal bulan ini adalah disebabkan masalah sistem penghantaran.

“Pada peringkat permulaan, kita akui ada gangguan bekalan di stesen yang antara lain disebabkan kesulitan sistem penghantaran oleh kerana berlaku peningkatan permintaan mendadak terhadap minyak berkenaan.

“Tapi, hari ini saya meninjau ke PETRONAS, kelihatan ia sudah mula normal dan kita jamin minggu depan, semuanya akan normal kembali,” katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.


Beliau turut mengulangi penafian wujudnya aktiviti sorok minyak terutama petrol RON97 seperti yang didakwa sesetengah pihak sebelum ini.

“Tidak wujud sorok-sorok, kami sentiasa berhubung dengan pengusaha stesen dan kekurangan bekalan itu bukan disebabkan perbuatan itu, tapi kerana faktor permintaan meningkat yang memerlukan untuk kita menyusun semula sistem penghantaran bekalan sedia ada,” katanya. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori