Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

MBI Giat Tangkap Anjing...

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan meningkatkan operasi menangkap anjing liar di sekitar...

Najib Dibenarkan Jalani Rawatan...

PUTRAJAYA : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Jabatan Penjara...

Kementerian Pertahanan Cadang Perkenal...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan bercadang melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)...

Presiden Filipina Haram Rokok...

MANILA - Presiden Filipina yang baharu, Rodrigo Duterte memang suka mencetuskan kontroversi dan...

Bekas MB S’gor Terharu Ramai Ucap Selamat Ulang Tahun

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Selangor yang digulingkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin berasa terharu kerana begitu ramai orang yang masih mengingatinya.

Abdul Khalid menzahirkan penghargaannya itu dalam status Facebook beliau berikutan begitu ramai yang mengucapkan selamat hari lahir kepadanya melalui media sosial.

“Terima kasih kepada rakan-rakan atas ucapan selamat dan doa sempena hari ulang tahun saya hari ini. Semoga hidup kita diberkati Allah S.W.T,” katanya.

Abdul Khalid dipecat daripada PKR pada 9 Ogos lalu kerana enggan meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor.


Meskipun PAS mempertahankan kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar, tetapi beliau terpaksa akur dengan desakan kuat PKR serta DAP lalu mengumumkan perletakan jawatan pada 26 Ogos 2014.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagaimanapun tidak berkenan melantik Wan Azizah sebaliknya melantik Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=VH4ZPMWNOIg

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori