Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Malaysia Hanya Layak Digelar...

SHAH ALAM - Seorang ahli ekonomi mempersoalkan penggunaan gelaran “Harimau Asia” bagi menggambarkan...

Pelajar IPTA Dijel, Disebat...

SEPANG - Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam di Selangor dijatuhi hukuman...

Pekerja Kilang Perabut Dijumpai...

PASIR PUTEH - Seorang pekerja kilang perabut Mohd Suhaimi Abdul Hadi, 47, yang...

Usul AS Bela Israel...

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), New York - Solusi Washington yang diperjuangkan oleh Duta...

Bekas Pengajar PLKN Terlibat Aktiviti Militan Ditahan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang bekas tenaga pengajar Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berasal dari Terengganu kerana disyaki terlibat dalam rancangan membuka laluan baharu bagi rakyat Malaysia yang berhasrat menyertai kumpulan militan di Syria.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, lelaki berusia 30 tahun yang bakal berkahwin dengan seorang guru rakyat Malaysia di luar negara itu ditahan di Kuantan, Pahang pada 17 Disember lalu.

“Beliau dipercayai merancang untuk membuka laluan baharu bagi rakyat Malaysia ke Syria dengan menjadikan salah sebuah negara di Asia Tenggara sebagai transit.

“Suspek juga merancang untuk berkahwin dengan seorang gadis rakyat Malaysia yang bekerja sebagai guru yang menetap di salah sebuah negara di Asia Tenggara sebelum berlepas ke Syria,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Khalid berkata, lelaki tersebut dipercayai terpengaruh untuk menyertai kumpulan militan di Syria selepas berinteraksi melalui Facebook dengan beberapa rakyat Malaysia yang ditahan PDRM sebelum ini.


Menurut beliau, lelaki itu juga pernah berhubung dengan salah seorang rakyat Malaysia yang terkorban di Syria pada 14 September lalu, Md Lotfi Mohd. Ariffin bagi mendapatkan panduan untuk memasuki Syria melalui turki.

Jelasnya, bekas tenaga pengajar PLKN itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA – Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan Kanun Keseksaan (Akta 574) dan disiasat mengikut prosuder di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori