MONTEVIDEO – Bekas presiden, Tabare Vazquez menang dalam pilihan raya presiden pusingan kedua semalam, sekali gus melanjutkan pemerintahan partinya di negara berkenaan.
Menurut tiga tinjauan berasingan selepas pengundian, Vazquez, 74, yang sebelum ini pernah menjadi presiden dari 2005 hingga 2010, menang antara 53 dan 53.9 peratus undi, akan menggantikan rakannya dalam parti ‘Broad Front’ (FA), Jose Mujica.
Menurut firma tinjauan pendapat, Factum, Cifra dan Equipos Mori, pencabarnya, Lusia Lacalle Pou, ahli Parlimen berusia 41 tahun memperoleh antara 40.6 dan 42 peratus undi.
Lacalle Pou adalah anak lelaki bekas presiden yang bertanding atas tiket Parti Nasional. – AFP