RASANYA semua peminat hiburan amat mengenali jejaka kacak ini selepas dia berkahwin dengan pelakon terkenal, Abby Abadi.
Sayangnya, perkahwinan mereka tidak bertahan lama sebelum disahkan bercerai pada 9 Mei lalu.
Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 29, mendedahkan yang dia kini ingin mencuba nasib dalam bidang lakonan berikutan minatnya yang mendalam dalam bidang seni.
“Saya ingin cuba nasib dalam bidang lakonan dan tak kisah watak apa yang ingin diberikan asalkan ia memberi pengalaman dan laluan kepada saya berada dalam bidang ini.
“Sebelum ini saya memang tak ada pengalaman berlakon tetapi saya sangat berminat dan ingin cuba bidang ini,” katanya.
Menurut laporan mStar Online, Farhan mengakui sudah menjalani beberapa uji bakat termasuklah sesi fotografi dengan majalah hiburan.
Lelaki itu turut bercerita, ketika kontroversi yang melanda dirinya dengan Abby Abadi, dia pernah menerima tawaran untuk jadi pelakon tetapi terpaksa menolak kerana belum sedia memasuki bidang seni ketika itu.
“Selepas bercerai ada juga yang risik dan tawarkan saya berlakon tetapi saya tolak kerana rasa tak bersedia lagi, mungkin atas faktor badan saya.
“Baru-baru ini ada kawan bertanya semula tentang tawaran lakonan dan saya fikir ini masa yang sesuai,” ujarnya, lagi-lagi selepas kontroversi dengan bekas isterinya dilihat mula reda.
Kini, Farhan akui sedang sibuk ke gim bagi membina badan sekaligus melakukan persediaan untuk menjadi seorang artis. – MYNEWSHUB.CC
VIDEO ABBY ABADI DAN FARHAN BERCERAI