Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Masih Budak Tapi Dah...

'LAMBAKAN' iklan cari jodoh di laman sosial seperti Facebook bukan sahaja digunakan oleh...

Fungsi J-KOM Akan Diteliti...

PUTRAJAYA: Fungsi Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) akan diselaraskan dalam tempoh terdekat supaya dapat...

Izreen: Saya Berkemban Demi...

ARTIS dan isu berkemban bukanlah baharu.  Sebelum ini pun, banyak penerbitan drama dan filem...

Pameran Lukisan Alumni Sempena...

JOHOR BAHRU - Permaisuri Johor yang juga Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Raja...

Berantakkan! PAS Dan PasMa Makin Tak Sehaluan

Nampaknya, hubungan PAS bukan sahaja bergolak antara rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) tetapi juga antara pemimpin dalam parti itu sendiri.

Seperti semua sedia maklum, pertubuhan NGO PasMa yang dikepalai oleh Datuk Pahrolrazi Zawawi dikritik hebat oleh pemimpin tertinggi yang mana mereka sepakat melarang ahli PAS menyertai pertubuhan tersebut.

Terbaru, PasMa atau Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia memutuskan untuk tidak lagi menghantar jemputan kepada PAS bagi menghadiri program anjurannya berikutan larangan yang dikeluarkan pimpinan pusat agar ahlinya tidak terlibat dengan PasMa.

Menurut Pahrolrazi yang juga Presiden PasMa, bagi menghormati arahan tersebut, mereka kini memutuskan untuk hanya menghantar jemputan kepada PKR dan DAP dalam melibatkan diri dengan program anjuran mereka.

PasMa yang juga NGO pro Pakatan Rakyat berkata, mereka kesal kerana maklumat mengenai surat pekeliling itu hanya diketahui melalui pihak ketiga, bukan daripada PAS Pusat sendiri.

PHAHROLRAZI_MEETING_241114_TMIAFIFRAIEZAL_01

Sepatutnya, selepas mereka mencapai kata putus tentang isu ini, satu surat pemberitahuan secara rasmi perlu dihantar kepada kami,” kata Pahrolrazi seperti yang disiarkan portal Sinar Harian.

Ujarnya lagi, pihaknya turut kecewa dengan PAS kerana PasMa sering memberikan kerjasama baik terhadap PAS termasuk menghadiri mesyuarat, menerangkan matlamat mereka.


Namun, selepas dari siri pertemuan tersebut, tiada maklum balas yang diterima dari pihak PAS.

Sebelum ini kita sudah bersemuka dengan pimpinan tertinggi PAS bagi menerangkan matlamat PasMa sebenar. Wakil pimpinan parti itu mengambil laporan. Namun setelah mereka bermesyuarat, tiada sebarang respon yang kami terima.”

Pada 15 Disember lalu, satu surat pekeliling dari PAS Pusat telah dikeluarkan dengan membuat larangan terhadap semuanya ahlinya untuk melibatkan diri dengan aktiviti PasMa bagi memelihara keutuhan parti.

 

Naib Presiden PAS Larang Ahli Sertai PasMa

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori