DALAM nada kecewa, penceramah yang juga ahli akademik Universiti Pertahanan, Dr Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan laporan media tentang penahanannya ketika sampai di Kuching, Sarawak.
Melalui kenyataannya pada Astro Awani, Ridhuan berkata, berita yang digembar-gemburkan 24 jam lalu tidak menggambarkan situasi yang sebenarnya berlaku.
[BACA INI: Mohd Ridhuan Tee Dilarang Masuk Sarawak]
[BACA INI JUGA: ‘Politik Melampau’ Punca Ridhuan Tee Dihalang Masuk Sarawak]
“Dalam hal ini, saya tawar hati untuk memberi maklum balas pada sebarang pertanyaan. Kenapa saya tak dihubungi sejak awal tentang perkara ini?ÂÂ
Saya sudahpun menjawab (melalui blog) tentang perkara tersebut. Saya tidak pun sampai ke Kuching waktu itu, bagaimana saya dilaporkan telah ditahan?
Apa yang boleh saya katakan, dalam hal ini, saya menjadi mangsa kelicikan ahli politik,” ujarnya kepada saluran berita tersebut.
Melalui entri terbaharu di laman blognya, ridhuantee.blogspot.com, beliau menjelaskan dirinya sudah membuat pembatalan untuk ke Sarawak sebelum tarikh ceramah itu lagi.
Ia berikutan terdapat perkhabaran bahawa kedatangannya ke sana tidak disenangi pihak tertentu dari PKR  yang bakal mengadakan protes di Lapangan Terbang Kuching pada hari dia dijadualkan tiba.
Antara penjelasan yang dibuat Ridhuan dalam entri tersebut, “Saya tidak rugi apa-apapun, termasuk selepas ini mungkin ke Sabah. Banyak tempat lain yang memerlukan saya. Sedikit pun saya tidak terjejas jika tidak ke Sarawak.ÂÂ
Kenapa PKR begitu gentar dengan saya? Jantanlah sikit. Membandingkan saya dengan pemimpin PKR Semenanjung yang tidak dibenarkan masuk ke Sarawak, adalah dangkal sama sekali.ÂÂ
Mereka ahli politik yang licik, saya ahli akademik dan pendakwah. Apa yang saya cakap dan tulis adalah berasaskan sandaran.”
Selain itu, beliau yang juga pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berkata, ada individu (adun) yang menuduhnya pernah disiasat Kementerian Pertahanan (MINDEF) atas tuduhan mengajar subjek ‘enhnic cleansing’ .
“Sejak bila pula MINDEF menjalankan siasatan terhadap saya? Setakat ini tidak ada seorang pun yang datang menyiasat tentang pembelajaran dan pengajaran (P&P) saya. Tuduhan ini sengaja direka oleh ultra kiasa dan musuh-musuh saya di UPNM.”
Beliau juga mencadangkan agar pihak tersebut bertanyakan sendiri kepada bekas pelajarnya untuk mendapatkan kesahihan tentang isu tersebut, malah boleh melihat contoh tugasan di saluran Youtube yang pernah dibuat oleh mereka.
Namun demikian, Ridhuan enggan mengulas lanjut kenyataan Menteri Muda Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman yang berkata, larangan tersebut dibuat kerana Ridhuan membawa politik ekstrem. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IZZAT MOHD ANUAR