Melalui satu temubual bersama The Star, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, baginda mampu memilih menteri besar baru bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada calon PAS.
Namun, baginda memutuskan untuk menerima menteri besar dari PKR iaitu Mohamed Azmin Ali atas faktor jangka masa panjang.
Memetik laporan portal Malaysiakini, baginda akui terkejut dengan situasi yang mana PKR sendiri menolak cadangan untuk melantik Azmin sebagai MB baru.
Titah Sultan Selangor, tindakan itu menggambarkan parti tersebut sebagai ‘sangat, sangat mementingkan diri sendiri’.
Titah baginda, “Dia daripada parti yang sama tetapi mereka menolaknya kerana kepentingan diri.” – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=dtR85itDBGs