Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

‘Tolong’ Balas Mesej Di...

KEJAM.. seorang lelaki dari Korea Selatan telah menyamar menjadi teman wanitanya selama dua...

Bincang Bawa Pulang Jet...

SERDANG - Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Malaysia sedang berbincang dengan Singapura untuk...

Manchester United Muktamadkan Sanchez

ALEXIS Sanchez dijangka tiba di Manchester untuk menjalani ujian perubatan di pusat latihan...

SPAD Tolak Tohmahan Kad...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menegaskan tohmahan di media sosial...

Alahai… Betul Ke Zizan, Emma Maembong Dah Putus Cinta?

EH, macam tak percaya pula dengan penulisan seorang wartawan sebuah akhbar harian yang mengatakan perhubungan cinta di antara pelawak popular, Zizan Razak dan buah hatinya, Emma Maembong sudah berakhir.

Khabarnya hubungan pasangan ini sudah berakhir dan Emma dikatakan mula bermain cinta dengan pelakon lelaki yang juga sudah kembali solo sejak beberapa bulan lalu iaitu Kamal Adli.

Memetik tulisan wartawan tersebut, “dengarnya, Emma baru pulang dari Thailand dan Kamal sanggup meninggalkan set penggambaran semata-mata mahu ambil buah hatinya di lapangan terbang. Kalau setakat berkawan, takkan Kamal sanggup berkejar jemput Emma kan! Itu buang karan namanya”.

“Bila difikirkan semula, patutlah status Whatssap Emma sejak sebulan lalu mencurigakan. Seakan-akan dia berada dalam mood kecewa dan cuba bertenang,” tulis wartawan itu.

Hmm, harap-haraplah ini cuma khabar angin je, sebabnya rasanya ramai peminat mereka pastinya akan berasa kecewa sekiranya benar cerita ini seperti yang dicoretkan oleh penulis tersebut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori