Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pekerja Tahu Tangga Bergerak...

CHINA – Insiden seorang wanita terkorban selepas terjatuh daripada tangga bergerak di sebuah...

Program Penguasaan Bahasa Inggeris...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan sentiasa mengkaji keperluan menambah baik program peningkatan penguasaan Bahasa...

PAN Mahu Ambil Alih...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) akan mengambil peranan yang ditinggalkan PAS...

Napoli Tolak Bidaan 80...

MANCHESTER United mengemukakan bidaan bernilai 80 juta pound sterling untuk mendapatkan khidmat bintang...

BlackBerry Classic Diperkenalkan, Ah Rindu Nya!

Khas bagi pengguna Blackberry yang aktif menggunakan aplikasi BBM sekitar tahun 2012-2012, tidakkah anda merindui jenama Berry Hitam ini?

Hari ini, BlackBerry secara rasminya memperkenalkan satu lagi peranti berasaskan BlackBerry 10, iaitu BlackBerry Classic.

Peranti ini membawakan papan kekunci fizikal, dan pada masa sama turut menyertakan trackpad seperti peranti BlackBerry lama.

BlackBerry menekankan rekaan BlackBerry Classic ini menyerupai BlackBerry Bold 9900, dan ia membawakan skrin lebih besar demi kesesuaian untuk membaca dan melayari web.

bb2

bb3

BlackBerry dilihat menyasarkan pengguna Bold 9900 sedia ada untuk menaik-taraf peranti mereka yang menawarkan masa bertahan bateri 50 peratus lebih lama, dan pelayaran web lebih 3 kali ganda pantas.

Ia hadir dengan skrin bersaiz 3.5-inci Corning Gorilla Glass 3, cip pemprosesan Snapdragon 1.5Ghz, memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB, kamera hadapan 2-megapixel, dan kamera belakang 8-megapixel.


Melengkapkan BlackBerry Classic adalah sistem operasi BlackBerry 10.3.1. Melaluinya, ia membawakan beberapa ciri-ciri baru, termasuk BlakBerry Blend, BlackBerry Assistant dan juga Amazon AppStore untuk membolehkan pengguna memasang aplikasi Android.

Fungsi popular BlackBerry Hub turut hadir untuk memudahkan anda menguruskan emel, SMS, BBM, Twitter, Facebook, WhatsApp dan sebagainya dengan mudah.

BlackBerry Malaysia dijangka akan berkongsi perancangan lanjut pada penghujung minggu ini.

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori