Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Banjir Kilat Di Parit...

PARIT BUNTAR - Hujan lebat yang berterusan lebih tujuh jam menyebabkan beberapa kawasan...

Dewan Ulamak PAS Bantah...

Berikutan rancangan kerajaan untuk membawa masuk pekerja warga Bangladesh seramai 1.5 juta orang...

Janji PRU14 Pun Belum...

KOTA BHARU - Kerajaan Persekutuan perlu membuat semakan semula melibatkan isu pemansuhan elaun...

Penunggang Motosikal Maut, Rakan...

LAHAD DATU - Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal ditunggang...

BN Kelantan Tetap Sokong PAS Laksana Hudud

Walaupun PAS ditentang rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR), namun, Barisan Nasional (BN) Kelantan tetap konsisten menyokong pelaksanaan hukum hudud yang dirancang parti Islam tersebut, di sana.

Memetik laporan akhbar Sinar Harian, Setiausaha BN Kelantan, Datuk Hanapi Mamat berkata, parti itu mengharapkan agar cita-cita PAS terlaksana bila tiba masanya nanti.

Beliau menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan undang-undang Islam tersebut dan akan terus komited menyokong usaha PAS Kelantan.

Ujarnya, “Pada masa sama kami di peringkat negeri cuba menyesuaikan diri dengan kehendak pelaksanaan undang-undang Islam ini.

“Realitinya BN Kelantan benar-benar ingin melihat hudud dilaksanakan sebagaimana dirancang.”

Ia merupakan reaksi dari Hanapi setelah disoal tentang polemik terbaru PR apabila DAP mendesak PAS dan PKR menolak pelaksanaan hudud andai mereka ingin mengambil alih Putrajaya.

Tambahnya, “Rakyat kena lihat siapa yang ikhlas dan sebaliknya, malah siapa cuba mempolitikkan isu ini dan yang betul-betul ingin lihat hudud dilaksanakan sebagai mana dirancang.”


Kelantan bakal mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 29 Disember depan bertujuan untuk meminda Kanun Jenayah Syariah II bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan.

Antaranya adalah hukuman terhadap penzina dan pihak yang menuduh perbuatan zina tanpa bukti, selain kaki botol.

Tidak selari dengan PAS, DAP menyifatkan pelaksanaan hudud bakal melambatkan usaha PR mentadbir negara. – MYNEWSHUB.CC

Video DAP Kena Terima Hudud Ikut Saluran Demokrasi – Mahfuz Omar

https://www.youtube.com/watch?v=i08GIr9rlmo&spfreload=10

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori