Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

4 Nelayan Hilang Selepas...

DUNGUN - Empat nelayan dikhuatiri hilang manakala seorang dilaporkan selamat selepas bot gentian...

4 Kesalahan Solekan Sering...

KAUM wanita memang sinonim dengan kecantikan dan alatan mekap. Bagi aur dengan tebing,...

Putrajaya Deuter Trail Run...

PUTRAJAYA - Edisi ketiga 'Putrajaya Deuter Trail Run' 2015 yang dijadual pada 10...

SPRM Sudah Jalankan Siasatan...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tunku Abdul...

Bomba P.Pinang Hantar Misi Bantuan Banjir Ke Kelantan

BATU KAWAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menggerakkan misi menghantar bantuan barang keperluan harian untuk membantu mangsa banjir di Kelantan.

Penolong Kanan Penguasa JBPM negeri Mohd Affendi Ishak yang mengetuai misi berkenaan berkata tujuh anggota bomba termasuk 17 anggota dari Pasukan bomba sukarela Masjid Al-Jamiul Badawi turut menyertai misi itu.

Katanya, tiga buah lori dan empat kenderaan pacuan empat roda bertolak ke Kota Bharu, Kelantan pagi ini untuk menghantar bantuan seperti makanan, air minuman dan pakaian untuk mangsa banjir.

“Barangan ini adalah hasil sumbangan anggota bomba negeri dan orang ramai bagi membantu meringan beban mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Menurut Mohd Affendi perjalanan misi itu dijangka mengambil masa lebih lama berikutan kemungkinan berlaku penutupan jalan, tanah runtuh dan banjir.

Setakat pagi tadi, jumlah keseluruhan mangsa banjir di Kelantan, Perak, Terengganu, Pahang dan Johor mencecah sebanyak 230,509 orang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori