Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

“Masyarakat Perlu Prihatin, Anjing...

TINDAKAN spontan pelakon dan penyanyi Izzue Islam yang prihatin bagi menyelamatkan dua ekor...

Bilangan Hari Cabutan Khas...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan bercadang mengurangkan bilangan...

“Maaf, Saya ‘Naik Sheikh’...

PELAKON, Iqram Dinzly memohon maaf kepada segelintir pihak yang tidak senang dan terasa...

VIDEO: Pemuda Ini Gunakan...

NAMPAKNYA insan bernama Akhwan Afandi Zulkifli ini mempunyai cara tersendiri untuk menarik perhatian orang...

Bos Mustika Ratu Tak Bagi Malaysia Guna Perkataan Jamu

Setelah lama tak berbalah soal objek, pakaian, makanan, bahasa dan lain-lain yang didakwa ‘dicuri’ dari mereka, kini ada kisah lebih kurang serupa kembali dibangkitkan rakyat Indonesia.

Kolum ekonomi liputan6.com pada Jumaat, memaparkan rungutan Wakil Ketua Umum Kadin Indonesia Bidang Industri Berbasi Budaya, Putri Kuswisnu Wardani, kononnya Malaysia telah mencuri perkataan jamu dari negara itu.

Putri Kuswisnu Wardani
Putri Kuswisnu Wardani

Dakwa Putri, Malaysia sebenarnya memiliki ramuan ubat sendiri yang diberi nama ‘ubat kampung’ sebelum ini tetapi sekarang ditukar kepada panggilan jamu, seperti di negara tersebut.

“Mereka sebenarnya punya obat tradisional sendiri, namanya obat kampung. Sama seperti ramuan herbal yang punya China, yaitu Chinese Medicine. Sebenarnya itu tidak menjadi masalah, mereka punya khasnya sendiri, ya tidak apa-apa,” ujar Putri di pejabat Kementerian Perdagangan, Jakarta Pusat kepada pihak media.

Namun dakwa Putri, perkataan jamu itu yang tak seharusnya digunakan Malaysia kerana perkataan itu sendiri berasal dari bahasa Jawa iaitu Jampi Usodo yang bermaksud ramuan kesihatan, jadi adalah tidak kena jika dikatakan ada pula jamu Malaysia.


Justeru bagi melindungi perkataan JAMU, bos Mustika Ratu ini memberitahu, dia sudah mengadu kepada menteri berkenaan di negara tersebut untuk mendaftarkan jamu sebagai salah satu warisan dunia ke UNESCO seperti mana batik.

Batik dan angklung, adalah dua objek budaya yang sebelum ini mencetuskan isu dalam kalangan sesetengah pihak di Indonesia yang berasakan ia berasal dari sana tetapi ‘dicuri’ dan dipakai sewenangnya oleh masyarakat Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=qqm04D-VnDM

Oleh: REM RAMZI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori