Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Jamal Kekal Di Penjara...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Ampang di sini, hari ini masing-masing menarik balik...

KJ Tolak Tawaran Jadi...

TOLAK... Bekas calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin menolak pelawaan Presiden UMNO Datuk Seri...

MH370: Pusat Sokongan Keluarga...

PUTRAJAYA - Pusat komunikasi dan sokongan keluarga yang ditubuhkan di Beijing, China untuk...

Aril AF7 Akui Trauma...

MENGHANTAR anak ke pusat jagaan sering menjadi pilihan ibu bapa yang bekerjaya, tetapi...

Budak 12 Tahun Jadi 12 Bulan Dapat Ganti Rugi RM3.3 Juta

Undang-undang jalan raya di Singapura amat ketat bagi melindungi nyawa setiap pengguna daripada kemalangan. – Gambar hiasan

SINGAPURA – Seorang budak lelaki yang mengalami kerosakan saraf otak dan lumpuh kekal selepas dirempuh sebuah kereta yang melanggar lampu isyarat merah pada 2011, hari ini diperintahkan mahkamah untuk menerima ganti rugi S$1.25 juta (RM3.3 juta).

Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi Singapura, Jean Chan yang mendengar kes itu mengarahkan pemandu terbabit untuk membayar S$1,252,825 (RM3,311,836) kepada mangsa pejalan kaki itu yang sebelum kemalangan adalah seorang aktif dalam sukan.

Mangsa ketika kejadian berusia sembilan tahun, dilaporkan dilanggar kereta tertuduh di lintasan Jurong East Avenue 1 pada 6 Julai 2011 menyebabkan budak itu yang kini berusia 12 tahun langsung berubah menjadi keupayaan berfikir seperti bayi berusia 12 bulan.

Saksi insiden berkata, akibat pelanggaran kuat mangsa melambung tinggi sebelum tercampak jauh dan susulan rempuhan terbabit, budak itu dimasukkan ke unit rawatan rapi lebih lima minggu dan kemudian terlantar di katil yang memerlukan penjagaan 24 jam.

Lima pakar perubatan yang memberi keterangan saman sivil tersebut meramalkan budak itu hanya akan hidup hingga umur 38 tahun selain mengharungi banyak pembedahan, pemulihan dan sesi fisioterapi sepanjang hidup yang berbeza daripada kanak-kanak biasa.


Mangsa juga lebih tinggi peluang dijangkiti radang paru-paru dan pernafasan seperti selesema biasa di samping hilang pendapatan masa depan bagi ibu kanak-kanak itu yang terpaksa berhenti kerja sebagai penyambut tetamu untuk menjaga dia sepenuh masa.

Mangsa dan keluarganya bagaimanapun dirahsiakan identiti mereka kerana undang-undang Singapura tidak membenarkan maklumat diri kanak-kanak yang menjadi mangsa untuk didedahkan kepada umum kecuali mendapat kebenaran waris terlibat.

Chan juga memerintahkan mangsa boleh memohon ganti rugi masa depan dalam masa tiga tahun dari tarikh penghakiman itu jika dia memerlukan kos pembedahan tracheostomy bagi membuka saluran leher untuk memintas tercekik – akibat dijangkiti pneumonia. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori