Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Gerakan Cari Anggota Tentera...

JOHOR BAHARU - Gerakan mencari seorang anggota tentera yang dilaporkan hilang selepas bot...

Shalma Nikah Anak MP...

BEKAS penyampai program HLive, Shalma Ainaa mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan...

Polis Johor Terima 52...

JOHOR BAHARU - Polis Kontinjen Johor menerima 52 motosikal bagi kegunaan Unit Rondaan...

Muhyiddin Kunjungi Ketua Menteri...

PERTH - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengunjungi Ketua Menteri Australia...

Budak Lelaki Dihalau Dari Kampung Disebabkan HIV

China – Hanya kerana dia dijangkiti HIV, seorang budak dihalau dari kampungnya, selepas 200 penduduk termasuk datuknya menandatangani petisyen mengusirnya dari situ.

Budak itu yang diberi nama Kunkun oleh media tempatan, mendapat HIV daripada ibunya.

Wanita berkenaan meninggalkan keluarganya pada 2006 manakala bapa budak itu pula terputus hubungan selepas Kunkun disahkan dijangkiti HIV.

Laporan awal media sebelum ini menyebut budak itu disisihkan selain tidak dibenarkan belajar di sekolah berhampiran kerana penduduk bimbang mereka akan dijangkiti HIV.

“Tiada siapa pun yang bermain dengan saya. Saya terpaksa bermain sendirian,’’ kata Kunkun.

Dia turut disifatkan oleh penduduk kampung sebagai bom jangka.
Sebelum ini pegawai kanan kerajaan memberitahu penduduk kampung bahawa budak itu tidak boleh diusir, kerana dia juga memiliki hak yang sama dengan penduduk kampung yang lain.

Pegawai terbabit juga merancang untuk melawat kampung berkenaan dan bertemu penduduk.


Setakat ini tidak diketahui sama ada Kunkun masih berada di kampung terbabit.

Kes ini mencetuskan perdebatan hangat di media sosial dengan ramai yang membantah tindakan penduduk kampung tersebut.

Malah mereka menyifatkan kurangkan pendidikan menyebabkan penduduk kampung itu tidak mengetahui mengenai HIV dan bagaimana ia boleh berjangkit.

Selain itu stigma negatif terhadap pesakit HIV juga menyebabkan budak tidak berdosa tersebut menjadi mangsa diskriminasi termasuk daripada keluarga sendiri.

https://www.youtube.com/watch?v=Ffoi9qSIW9M

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori