Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

MHTC Berusaha Perkukuh Pelancongan...

PETALING JAYA - Kementerian Kesihatan, melalui Majlis Pengembaraan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC), sedang...

‘Pengguna Bijak Terpedaya Tidak’

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menyatakan `pengguna bijak terpedaya tidak'. Sebaris ayat...

Pembayar Cukai Boleh Guna...

KUALA LUMPUR - Pembayar cukai boleh mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) tahun...

273 Mangsa Banjir Di...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 273 orang setakat...

Buku Tips Keselamatan Jalan Untuk Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR – Syarikat insurans Allianz Malaysia dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) melancarkan Buku Tips Keselamatan Jalan Untuk Kanak-Kanak.

Allianz Malaysia dalam satu kenyataan media memberitahu, buku bersaiz kecil itu mengandungi pelbagai tips keselamatan jalan raya yang direka khusus untuk pemahaman kanak-kanak.

“Ia menyediakan tip berguna mengenai keselamatan jalan raya bagi kanak-kanak berumur antara empat hingga 12 tahun. Buku kecil ini sempena Kempen Advokasi
Keselamatan Jalan Raya yang diadakan oleh Allianz Malaysia di sekolah rendah sejak tahun 2013

“Ia sebahagian daripada usaha Allianz Malaysia untuk menggalakkan kesedaran keselamatan jalan raya. Ia berfungsi sebagai bahan peringatan selepas kempen untuk pelajar,” kata kenyataan itu hari ini.


Menurut kenyataan itu, Allianz Malaysia turut mengedarkan tips teka-teki keselamatan jalan raya sebagai bahan untuk memudahkan pengajaran keselamatan jalan raya oleh guru kepada murid mereka.

Jelas kenyataan itu, lebih 2,600 Buku Tips Keselamatan Jalan Untuk Kanak-Kanak dan 10 tip teka-teki telah diedarkan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori