Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tunjuk Jarum Sebelum, Selepas...

PUTRAJAYA - Penyuntik vaksin kini perlu menunjukkan jarum suntikan sebelum dan selepas memberi...

MAS Perlu Struktur Perniagaan...

KUALA LUMPUR - Pelan pemulihan Malaysia Airlines (MAS) perlu menyediakan struktur perniagaan bersesuaian...

Chelsea Setuju Bidaan RM906...

CHELSEA mencapai persetujuan awal dengan Real Madrid untuk menjual Eden Hazard dengan bidaan...

Ismail Sabri Sah Tidak...

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengesahkan beliau tidak...

Buruh Maut Kejadian Tanah Runtuh Kedua Cameron Highlands

IPOH – Kejadian tanah runtuh kedua di Cameron Highlands semalam meragut nyawa seorang pekerja kontrak Indonesia, menurut polis.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mayat M. Sainul, 29, ditemui dalam runtuhan tanah sedalam kira-kira dua meter pada kira-kira 11.38 malam tadi.

Beliau berkata lelaki itu merupakan pekerja kontrak di sini ditemui oleh pasukan keselamatan kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian tanah runtuh itu di sebuah ladang sayur di Jalan Desa Corina, Kampung Raja.

“Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Hajah Kalsom di Tanah Rata untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu semalam, mangsa terperangkap dalam runtuhan di luar rumah kongsi di ladang sayur itu ketika cuba menyelamatkan diri.


Ketika kejadian mangsa sedang berehat bersama-sama sembilan rakannya yang juga warga Indonesia namun rakannya sempat menyelamatkan diri.

Dalam kejadian tanah runtuh pertama di kawasan tanah tinggi itu awal pagi semalam, seorang wanita sarat mengandung lapan bulan dan anak lelakinya yang berumur satu tahun maut apabila bukit di belakang rumah mereka di Km 46, Jalan Brinchang-Tringkap, runtuh.

M. Nitiahwaty, 24, dan anaknya R. Rubeniswaran maut akibat tertimbus tanah manakala suaminya V. Raja, 41, patah kaki kiri dalam kejadian pada 5.30 pagi itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori